Feb 16, 2011

Keanehanku Tentang Siti Nurhaliza...

Semalam aku pegi jalan-jalan sampai patah kaki kat PKNS dan PAS dengan sahabatku si bolat Cik Pipah. ("Aku da kurus la!" reaksi Pipah setiap kali aku main tarik-tarik pipi atau garu-garu dagu dia). Kat seksyen laptop2 dan henset2, aku ternampak satu kedai tengah pasang crite 'Plane of the Dead.' Huu.. best2. Dah lame tak layan cite zombie2. Aku pun terus buat keputusan nak beli DVD cite zombie.

Kat kedai DVD, sedang aku belek-belek movie yang nak dibeli, aku terpandang CD Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta. Album ni dah lama, aku tau. Untuk pengetahuan semua, Siti Nurhaliza adalah orang yang paling aku tak minat dalam dunia. Tapi tah nape aku tergerak nak ambik dan belek CD tu..

Ni cover depan album beliau:


Macam pengantin tengah berdoa tengah-tengah padang.. Wah, efek angin die baik punya.. sampai 'terbang-terbang' anak tudung dia..

Aku tengok cover belakang plak. Album ni ada 8 lagu berunsur Islamik: Ku Percaya Ada Cinta, Pintu Rindu, Tahajjud Cinta, Batasku Asaku, Ketika Cinta, Ya Rasulullah (eh?), Selawat (eh? eh?), dan Asmaul Husna (ehhhhhhh?????).

Aku tengok cover depan balik (fokus: jambul yang terkeluar dari tudung), pastu tengok cover belakang. Tengok cover depan (sekali lagi fokus jambul yang terkeluar dari tudung), cover belakang. Berulang kali. Penyudahnye aku komfius.

Kesimpulan yang aku leh buat adalah Siti lebih prefer berpegang pada prinsip tudung jambulnya daripada prinsip agamanya sendiri. Kalo dah liat sangat nak tutup pun... takkan la untuk cover album (konon2) Islamik ni pun tabley.. Punye la iye2 asmaul husna segala bagai, tapi cover depan album pun rambut terdedah.. apa ini? Apa ini? *Tensen sorang2* Bayangkan: melagukan kebesaran Tuhan dengan penuh perasaan, tapi pada masa yang sama dengan penuh bangga melanggar perintah Tuhan (tak pakai tudung). Aneh~ Aneh~


Err.. stakat wat muke penuh keinsafan and tadah tangan ala2 berdoa tuh.. asenye.. asenye.. ase cam nak gelak gulin-gulin laa..!!

1 soalan aku: Asmaul Husna tu memang dia yang lagukan ke? Aku cuba membayangkan suara dia (suara perempuan) dengan Asmaul Husna.. hm. Aneh~ Tak tau la plak kalau aku sorang je yang tak penah dengar perempuan lagukan 99 Nama ALLAH ni.. maafkan kalau aku jahil.

Aku slalu terpikir: Siti ni kalau nak dibandingkan dengan artis2 pompuan lain yang seksi meksi mengalahkan artis Hollywood, memang dia terbaik. Tak dedahkan kulit, tak pakai ketat, lengan pendek pun tak (kecuali taim zaman dia budak2 dulu). Jadi kenapa bila sampai bab tutup kepala tu, dia liat sangat ea? Ape yang susah sangat sampai takleh tutup tuh? Bahagian2 lain die oke je kalau tutup, tapi bile sampai bab rambut, selagi mahu dia minimumkan saiz penutup kepala dia tu...


Fasha Bersandar pun takesah kalau tutup seluruh kepala dalam seminit dua.. hahaha!

Aku kadang-kadang ase cam nak tanye je Cik Siti sendiri nape beliau begitu. Serius! Teringin nak lepak-lepak dengan die.. sambil teguk teh o ais limau, aku tanye la nape die susah sangat nak tutup kepala.. sakit ke ape ke.. mane la tau kan..

Aneh la beliau ni...

Aku tak benci dia. Kalau ade yang rase pendapat aku ni mengumpat, terpulang la. Tapi aku nak jugak suarakan. Sebab beliau ni kan sampai sekarang dikatakan artis no.1 Malaysia, role model segala bagai. Oh tidak. Kalau camni role model, abis la. Patut la bilangan awek2 bertudung tapi 'terlupa pakai anak tudung' bertambah-tambah.. (betul! Kengkawan aku pun ramai! Ops!)

Sekarang, tak perlu kot berhujah benda2 seperti 'ala, at least ada gak keinginan die nak buat baik', 'yang penting mesej lagu tu sampai', 'kebaikan bukan diukur dari luaran (bertudung ke tak)', 'oke la tuu daripada tak pakai pape langsung!!', ataupun hujah paling nonsense dalam sejarah manusia: "ala, yang tak bertudung tak semestinya jahat, yang bertudung tu tah-tah lagi jahat!" Ah ko, tetibe je. Meh sini aku hujah ko balik... *muke gengster*


Bangganye dapat berdakwah... saya ikhlas ni nak berdakwah.. (sambil rambut terjulur keluar dari tudung, siap set lagi rambut tu.. kelas ko mak iti bak kate sahabat aku Sapik..)

 Mengumpatkah aku? Hu.. Wallahuallam. Aku bukan la orang paling baik di dunia, tapi at least aku tau pandangan aku ni betul. Huhu. Betul la kan aku cakap? Kalau ada yang nak berhujah mempertahankan jambul Siti, aku berminat gak nak dengar. Tadahal.. aku bukan la seorang close-minded yang hanya dengar dan trime pendapat diri sendiri je. (^_^)

Papepun, lagi skali aku tekankan, aku tak la benci si Siti nih. Aku pun tak kate die jahat selamanya. Buatnye satu hari nanti Tuhan nak bukak pintu hati die kan? Ha, jadi ustazah terus. Doa-doakan la. Tapi gaya bertudung dia yang sekarang ni memang tak betullah. Kalau ikot, aku sayang sebenarnye akak gebu nih. Kalau tak sayang, watpe aku nak concern dia nak tutup jambul ke tak, kan kan? Hahaha. Kalau la Siti ni kawan baik aku ke, adik aku ke, leh gak aku ngomong2.. Siti, ko ni kalau ikot dah cukup bagus da.. tertib, sopan, tak seksi.. kalau tambah sikit je lagi, tutup kepala betul2, insya-Allah, hampir sempurna sudaaa kamo..

gambar terbaru siti nurhaliza tudung litup
Boleh je pakai tudung litup.. comei plak tu.. ingat kot de sebab yang jitu ke.. kot kalau pakai tudung litup dia akan mengalami alah-alah pada badan ke.. ngade je akak kite nih.. Mengikut empunya gamba, Siti pakai ni untuk konsert maulidur rasul.. Kalau konsert yang berjam-jam die bley pakai tdung elok2, nape cover album yang sekejap bangat tu die tabley plak? Haish.. nakal akak ni..
Daripada ko pakai cenggini...
Ataupun cenggini.. (siap tengah berdoa lagi, once again, kelas ko..)
Baik ko begini terus.. Tada.. Lagi lawa kan..? (oyeah!!)

-NO COMMENT-

Kenapa aku post entry nih?
1, meluahkan kekonfiusan dalam diri. Mane tau ade yang boleh meleraikan kepeningan aku pasal keanehan Kak Siti ni. Ade ke?
2, saje nak berpesan-pesan untuk diri sendiri dan rakan taulan yang aku tengok makin ramai ikot fesyen tudung ala2 mak datin ni.. yang dari bertudung terus tak bertudung pun ade.. pakai tudung taim raye2 atau puase2 atau maulud nabi-maulud nabi sahaje.. kelas ko.. (ayat kegemaran aku kali ini)
3, Tak payah laa skali2 mencontohi fesyen tudung Siti yang sekarang nih.. ea? Ea? Percaye la cakap aku, huduh..! '"^_^

Sekali lagi, sume ni bukan hanye pesanan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri yang hina dan jahil ni gak.. Kalau ade yang tersinggung ke, mohon maaf banyak2. Takde niat nak menyakitkan ati sape2. Sekian, sejahtera ke atas anda semua. :p

Err. Last, last. Kelas ko Mak Iti...
(cambest lak sebut ayat lama nih banyak-banyak kali. Heh.)

8 comments:

ch!natsu said...

haha terbaekla ayie..
oit2 jgn wat muke gengster palsu..
xcomey lgsg.. ok xde kene mngena.. haha..

doa2la trbuka hati dia utk berubah..
bgus jgk klu dia bc entry ko nie kan.. hoho~

mr.syazwan said...

no komen

tpi yg pasti tak semua yg bertudung baik

dan tak semua yg tak bertudung itu jahat

renung2kan

wah tibebe

=_=

ili yang minat x minat akak siti..tapi minat lagu die said...

hmmm.....persoalan yang sntiasa ko timbulkan...knape susah sangt nk tutup sume...jawapannyer seruu ayie...die belum dipanggil...

IMaN OffiCiaL said...

jika kita minat kat dia...syg dia...doakan supaya dia berubah dpt petunjuk dan hidayah ..aku sendiri pun x tahu walaupun aku suka dia nyanyi, tp aku sentiasa berdoa supaya dia berhenti menyanyi...sbb aku takut dia diseksa di akhirat kelak dia m'perdengarkan aurat nya (suara)jadi aku doakan agar dia berubah dan bertaubat....lagipun kalau dia x nyayi pun okay...kan business simplysiti dia kan dah maju skrg....so aku rasa cukup lah sekadar yg tuh..ermmm

sherry said...

aku x knl pun sape name heroin 7 petala cinta tu... tp aku tgok dlm die promote crite tu....siap pakai purdah lagi tu...pdhl die tu free hair... tp sebab nk promote cerita dakwah ni...die th la berpakaian ala2 muslimah gitu... tp betulla kate penulis tntg ct ni... susah sgt ke nak pakai anak tudung untuk cover album je pun.... pakai mcm nora danish dlm tntg dhia ke... still comel n lawa ape...

Unknown said...

ok edit la post ko yg busuk ni..dia dah dpt hidayah pakai tudung penuh dah...

Anonymous said...

still tak minat siti

CK said...

Pada aku plak, kalau ko kata nak judge siti dari cover album dia, ramai orang pun leh judge ko dari tulisan ko, siti da bertudung penuh pun tapi hati ko tetap je membusuk hahaha, Allah kata dia pandang hati, sebab hati yang susah nak di sembuhkan sejak dari tahun kau menulis hahaha, Allah tu pandang hati, walau sekeji2 mana pun kita, kita tak tahu pengakhiran hidup kita ni macam mana. Semoga hati ko dapat diperbaiki sebelum kau mati ya. Hahaha. Xde org yg di lahirkan xbuat silap, tapi jangan disebabkan kesilapan kita menghukum dia, sebab Allah je layak menghukum, betul apa kau cakap pasal aurat tu, tapi selain aurat, banyak lagi perkara lain yang kita kena perbaiki dari kesilapan. Selagi nampak keburukan orang, selagi itu la hati kita ni tak bersih.