Sejahtera ke atas semua..
Kalau tiba-tiba ada orang suruh cerita tentang sirah Nabi Ibrahim, agaknya anda dapat tak cerita secara detail dan sepenuhnya tak? Kalau saya, huhu, tah la. Yang saya ingat Nabi Ibrahim ayahnya seorang pembuat berhala dan taknak beriman dengan agama anaknya. Ada peristiwa Nabi Ibrahim pecahkan patung berhala sewaktu kaumnya bersuka ria menyambut perayaan. Lepas tu Nabi Ibrahim dijatuhkan hukuman bakar hidup-hidup tapi ALLAH perintahkan api supaya menjadi sejuk. Lagi.. Nabi Ibrahim ada dua orang isteri, Siti Sarah dan Siti Hajar. Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak manakala Siti Hajar melahirkan Nabi Ismail. Peristiwa terbesar dalam riwayat Nabi Ibrahim adalah peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail. Dari situ la bermulanya Hari Raya Korban.
Itu je yang saya ingat tentang Nabi Ibrahim a.s. Rupa-rupanya bila selongkar buku-buku Nabi, banyak sangat peristiwa-peristiwa menarik yang berkaitan dengan Nabi ALLAH ini, jadi tak best la layan sorang-sorang. Jom layan sama-sama :)
AYAH NABI IBRAHIM YANG KACAK DAN DISAYANGI RAJA NAMRUD
Ayah Nabi Ibrahim a.s. namanya Azar. Saya tak pasti pulak sama ada Raja Namrud ni ada kegemaran yang aneh-aneh tu, tapi dalam buku digambarkan Raja Namrud ni punya la sayang kat ayah Nabi Ibrahim sampai tidur pun atas riba Azar. Ironinya, anak yang bakal dilahirkan dari baka Azar tercinta ini la yang akan menjadi musuh ketat Raja Namrud. Anak itu adalah Nabi Ibrahim a.s.
Ahli nujum membuat firasat bahawa akan ada seorang bayi yang dilahirkan ke dunia untuk menjatuhkan kerajaan Namrud yang kejam. Bila Raja Namrud dengar ramalan ni, dia pun terus keluar perintah yang tak masuk akal iaitu rakyatnya tak boleh kawin. Yang dah kawin, kena cerai. Askar-askar dikerahkan untuk jaga setiap rumah untuk pastikan suami isteri tak buat hubungan kelamin. Kejam dan zalim betul si Namrud.
ALLAH itu Maha Berkuasa. Pada satu malam, isteri Azar iaitu ibu Nabi Ibrahim a.s. tiba-tiba menjadi sangat berahi. Tambah pulak suaminya dah lama tak pulang ke rumah (Azar takut nak balik sebab risau Namrud marah). Isteri Azar pun tekad untuk ke istana berjumpa suaminya. Dengan kuasa ALLAH, semua penghuni istana termasuk Namrud tertidur dengan nyenyak. Maka Azar pun dapat berjumpa dengan isterinya dan mereka pun bergaul dengan sepuas-puasnya. Selepas itu isteri Azar pun hamil, dan anak yang dikandungnya itulah Nabi Ibrahim a.s.
Sebelum ini, Azar mempunyai wajah yang bercahaya dan gilang gemilang, tetapi selepas isterinya hamil, cahaya itu hilang kerana ianya telah turun ke dalam rahim isterinya, kepada janin yang dikandungnya.
MUKJIZAT NABI IBRAHIM A.S. KETIKA BAYI
Diriwayatkan Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan pada tahun 2295 SM. Oleh kerana Namrud telah mengeluarkan perintah bahawa rakyatnya tidak boleh mengandung dan melahirkan anak, maka apabila Nabi Ibrahim a.s. selamat dilahirkan, ibunya berasa risau anaknya akan diapa-apakan oleh tentera Namrud. Oleh itu dia pun meninggalkan Nabi Ibrahim a.s. di dalam sebuah gua. Selepas tiga hari, ibu Nabi Ibrahim a.s. berasa sangat bimbang atas keselamatan anaknya. Hidup lagikah, atau sudah mati? Lalu dia pun pergi ke gua untuk menjenguk bayinya. Alangkah terkejut dan gembiranya sang ibu apabila melihat bayinya berada dalam keadaan selamat dan sihat. Siap tengah main-main lagi dengan riangnya seperti bayi yang tengah kenyang.
Kenapa Nabi Ibrahim a.s. masih selamat dan sihat walaupun ditinggalkan seorang diri di dalam gua? Tiga hari pulak tu? Bayi pulak tu?
Inilah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. Sebenarnya sewaktu ibunya keluar dari mulut gua, malaikat Jibril a.s. datang untuk menjaga Nabi Ibrahim. Jibril memasukkan jari bayi itu ke dalam mulutnya sendiri. Si bayi terus menghisap jarinya seperti anak yang sedang menyusu. Dari jari Nabi Ibrahim keluar dua jenis minuman iaitu madu dan susu secara berselang seli. Beginilah cara ALLAH memelihara sesiapa yang dikehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya tanpa dapat difikirkan oleh akal manusia. Nabi Ibrahim a.s. hidup di dalam gua sehingga berusia tujuh tahun. Baginda seorang yang suka berfikir dan merenung alam. Dari sinilah Nabi Ibrahim a.s. menemui Penciptanya.
NABI IBRAHIM MENJUAL BERHALA AYAHNYA
Ayah Nabi Ibrahim bekerja sebagai pengukir patung berhala untuk tujuan komersial. Nabi Ibrahim disuruh ayahnya untuk membantu menjual patung-patung tersebut. Walaupun berasa benci, namun Nabi Ibrahim tetap patuh pada perintah ayahnya. Ketika bertemu orang ramai, Nabi Ibrahim tidak berkempen mengajak orang untuk membeli patung-patung tersebut. Sebaliknya baginda memburuk-burukkan berhala yang dibawanya. Kata Nabi Ibrahim, "buat apa pakcik beli patung berhala yang tak berguna ini?" Dengan kata-katanya itu patung berhala yang dibuat ayahnya tidak laku dijual.
NABI IBRAHIM MEMUSNAHKAN BERHALA
Tugas pertama Nabi Ibrahim selepas bergelar Rasul adalah mengajak ayahnya sendiri untuk memeluk agama ALLAH. Malangnya, Azar menjadi sangat marah kerana anaknya mempermain-mainkan tuhan-tuhan yang mereka telah sembah sekian lama. Azar menghalau anaknya keluar dari rumah. Nabi Ibrahim berusaha pula berdakwah kepada kaum-kaumnya namun tidak mahu beriman. Selepas inilah berlakunya peristiwa di mana Nabi Ibrahim memusnahkan berhala-berhala kecil yang terdapat di rumah berhala dengan kapak. Berhala yang paling besar tidak dimusnahkannya. Kapak yang digunakan telah disangkut pada telinga berhala besar tersebut.
DIALOG SEWAKTU PERBICARAAN NABI IBRAHIM A.S.
Sudah tentulah kaum Nabi Ibrahim dengan mudah menuduh baginda yang melakukan kerja tersebut, kerana telah terang-terang Nabi Ibrahim sahaja yang berada di rumah pada waktu itu, dan Nabi Ibrahim pula memang diketahui ramai menolak keras penyembahan berhala. Nabi Ibrahim menolak tuduhan itu. Kata baginda, berhala yang besar itulah yang telah memusnahkan berhala-berhala kecil tersebut, bukan baginda. Kalau tak percaya tanya berhala besar tu.
Para penduduk berpandangan sesama sendiri lalu berkata:
"Patung-patung itu tidak boleh berkata-kata! Mengapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya hah?"
Inilah jawapan yang ditunggu-tunggu oleh Nabi Ibrahim. Baginda pun terus berhujah: "Kalau begitu, kenapa kamu semua menyembah patung-patung yang tidak dapat berkata-kata dan tidak dapat pertahankan diri dari segala kebinasaan? Kenapa kamu menyembah berhala dan tidak menyembah ALLAH? Adakah kamu tidak mempunyai akal?"
Jawapan yang diberikan Nabi Ibrahim bukannya membuka pintu hati mereka, sebaliknya menambahkan kemarahan. Nabi Ibrahim terus dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup.
PERISTIWA NABI IBRAHIM DIBAKAR HIDUP-HIDUP
Peristiwa ini berlaku secara besar-besaran di mana pentas pembakaran telah disediakan dan setiap rakyat menyumbang dalam mengutip kayu-kayu api untuk dibakar. Api menjulang dengan sangat tinggi sehingga digambarkan burung pun akan mati apabila terbang di atasnya. Nabi Ibrahim dilontak ke dalam api dengan menggunakan alat bernama manjanik. Kekuatan beribu-ribu orang diperlukan untuk melakukan kerja zalim ini. Ayah Nabi Ibrahim, Azar juga turut menyumbangkan tenaga.
Apabila Nabi Ibrahim berjaya dilontarkan, ALLAH memerintahkan api menjadi sejuk. Pada mulanya api menjadi sejuk sehingga Nabi Ibrahim menggigil di dalamnya. Selepas itu ALLAH memerintahkan api menjadi nyaman. Kemudian malaikat Jibril pula datang membawa barang-barang dari syurga untuk Nabi Ibrahim. Kaum Nabi Ibrahim menjadi takjub melihat Nabi Ibrahim sedang rileks-rileks di dalam api sambil duduk-duduk di atas sebuah kerusi, memakai pakaian baru dan menikmati buah-buahan yang enak dari syurga. Di samping itu ada pula mata air terpancar di sekeliling baginda, menambahkan suasana nyaman di dalam api tersebut. Melihat peristiwa itu, ramai kaum Babilon beriman kepada agama Nabi Ibrahim a.s.
DIALOG RAJA NAMRUD DENGAN NABI IBRAHIM A.S.
"Apakah fitnah yang telah engkau sebarkan kepada rakyatku sehingga mereka tidak lagi mempercayai aku sebagai tuhan mereka? Kau tidak nampakkah aku berkuasa mengatur kerajaan aku? Menetap dan membatal sesuatu mengikut kehendakku?"
"Wahai Namrud! Aku tidak memfitnah. Aku hanya mengajak kamu semua menyembah ALLAH, Tuhan sekalian alam, yang mencipta, menghidupkan dan mematikan kita semua."
"Aku pun boleh menghidupkan dan mematikan!"
"Bagaimana?"
"Ha,ha,ha! Bukan kah aku berkuasa membebaskan orang-orang yang sepatutnya dijatuhkan hukuman pancung kepala. Orang lain tiada kuasa melakukan begitu. Itulah namanya menghidupkan!"
"Wahai Namrud! Tuhanku telah mencipta matahari, dan menerbitkannya setiap pagi dari Timur, dan menenggelamkannya setiap petang di barat. Oleh kerana engkau juga tuhan, maka bolehlah engkau naikkan matahari ciptaan Tuhanku dari barat ke timur pula!"
Namrud: *Speechless*
Akhirnya kerana malu, Namrud menghalau Nabi Ibrahim keluar dari Babilon. Nabi Ibrahim pun pergi merantau ke negeri Syam. Sebelum itu dia singgah di sebuah negeri bernama Harran.
PERTEMUAN NABI IBRAHIM A.S. DENGAN ISTERINYA SITI SARAH
Puteri Sarah, anak Raja Harran merupakan seorang yang sangat jelita sehingga menjadi rebutan jejaka-jejaka di negerinya, malah di negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun, Puteri Sarah tidak berkenan kepada seorang pun, sehinggalah dia ternampak Nabi Ibrahim yang sedang duduk berteduh di bawah pokok. Puteri Sarah melihat tempat berteduh Nabi Ibrahim itu bercahaya dan bergemelapan. Wajah Nabi Ibrahim juga sangat indah dan menyebabkan Puteri Sarah jatuh cinta kepada baginda. Puteri Sarah menghulurkan buah limau kepada Nabi Ibrahim. Huluran itu disambut oleh baginda. Inilah simbolik bahawa baginda menerima cinta sang puteri...
Entry akan datang, insya ALLAH:
TUGAS NABI IBRAHIM BERDAKWAH DI NEGERI SYAM
SITI SARAH CUBA DIPERKOSA RAJA MESIR
NABI IBRAHIM A.S. MEMAKMURKAN BUMI PALESTIN DENGAN KUASA ALLAH
Klik sini untuk baca "Nabi Ibrahim a.s. Bahagian 2: Pengembaraan ke Mesir & Palestin"
Sumber: KISAH 25 NABI oleh TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
AYAH NABI IBRAHIM YANG KACAK DAN DISAYANGI RAJA NAMRUD
Gambar hiasan: Taman Tergantung Babylon |
Ayah Nabi Ibrahim a.s. namanya Azar. Saya tak pasti pulak sama ada Raja Namrud ni ada kegemaran yang aneh-aneh tu, tapi dalam buku digambarkan Raja Namrud ni punya la sayang kat ayah Nabi Ibrahim sampai tidur pun atas riba Azar. Ironinya, anak yang bakal dilahirkan dari baka Azar tercinta ini la yang akan menjadi musuh ketat Raja Namrud. Anak itu adalah Nabi Ibrahim a.s.
Ahli nujum membuat firasat bahawa akan ada seorang bayi yang dilahirkan ke dunia untuk menjatuhkan kerajaan Namrud yang kejam. Bila Raja Namrud dengar ramalan ni, dia pun terus keluar perintah yang tak masuk akal iaitu rakyatnya tak boleh kawin. Yang dah kawin, kena cerai. Askar-askar dikerahkan untuk jaga setiap rumah untuk pastikan suami isteri tak buat hubungan kelamin. Kejam dan zalim betul si Namrud.
ALLAH itu Maha Berkuasa. Pada satu malam, isteri Azar iaitu ibu Nabi Ibrahim a.s. tiba-tiba menjadi sangat berahi. Tambah pulak suaminya dah lama tak pulang ke rumah (Azar takut nak balik sebab risau Namrud marah). Isteri Azar pun tekad untuk ke istana berjumpa suaminya. Dengan kuasa ALLAH, semua penghuni istana termasuk Namrud tertidur dengan nyenyak. Maka Azar pun dapat berjumpa dengan isterinya dan mereka pun bergaul dengan sepuas-puasnya. Selepas itu isteri Azar pun hamil, dan anak yang dikandungnya itulah Nabi Ibrahim a.s.
Sebelum ini, Azar mempunyai wajah yang bercahaya dan gilang gemilang, tetapi selepas isterinya hamil, cahaya itu hilang kerana ianya telah turun ke dalam rahim isterinya, kepada janin yang dikandungnya.
MUKJIZAT NABI IBRAHIM A.S. KETIKA BAYI
Gambar hiasan |
Kenapa Nabi Ibrahim a.s. masih selamat dan sihat walaupun ditinggalkan seorang diri di dalam gua? Tiga hari pulak tu? Bayi pulak tu?
Inilah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. Sebenarnya sewaktu ibunya keluar dari mulut gua, malaikat Jibril a.s. datang untuk menjaga Nabi Ibrahim. Jibril memasukkan jari bayi itu ke dalam mulutnya sendiri. Si bayi terus menghisap jarinya seperti anak yang sedang menyusu. Dari jari Nabi Ibrahim keluar dua jenis minuman iaitu madu dan susu secara berselang seli. Beginilah cara ALLAH memelihara sesiapa yang dikehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya tanpa dapat difikirkan oleh akal manusia. Nabi Ibrahim a.s. hidup di dalam gua sehingga berusia tujuh tahun. Baginda seorang yang suka berfikir dan merenung alam. Dari sinilah Nabi Ibrahim a.s. menemui Penciptanya.
NABI IBRAHIM MENJUAL BERHALA AYAHNYA
Ayah Nabi Ibrahim bekerja sebagai pengukir patung berhala untuk tujuan komersial. Nabi Ibrahim disuruh ayahnya untuk membantu menjual patung-patung tersebut. Walaupun berasa benci, namun Nabi Ibrahim tetap patuh pada perintah ayahnya. Ketika bertemu orang ramai, Nabi Ibrahim tidak berkempen mengajak orang untuk membeli patung-patung tersebut. Sebaliknya baginda memburuk-burukkan berhala yang dibawanya. Kata Nabi Ibrahim, "buat apa pakcik beli patung berhala yang tak berguna ini?" Dengan kata-katanya itu patung berhala yang dibuat ayahnya tidak laku dijual.
NABI IBRAHIM MEMUSNAHKAN BERHALA
Gambar hiasan |
Tugas pertama Nabi Ibrahim selepas bergelar Rasul adalah mengajak ayahnya sendiri untuk memeluk agama ALLAH. Malangnya, Azar menjadi sangat marah kerana anaknya mempermain-mainkan tuhan-tuhan yang mereka telah sembah sekian lama. Azar menghalau anaknya keluar dari rumah. Nabi Ibrahim berusaha pula berdakwah kepada kaum-kaumnya namun tidak mahu beriman. Selepas inilah berlakunya peristiwa di mana Nabi Ibrahim memusnahkan berhala-berhala kecil yang terdapat di rumah berhala dengan kapak. Berhala yang paling besar tidak dimusnahkannya. Kapak yang digunakan telah disangkut pada telinga berhala besar tersebut.
DIALOG SEWAKTU PERBICARAAN NABI IBRAHIM A.S.
Sudah tentulah kaum Nabi Ibrahim dengan mudah menuduh baginda yang melakukan kerja tersebut, kerana telah terang-terang Nabi Ibrahim sahaja yang berada di rumah pada waktu itu, dan Nabi Ibrahim pula memang diketahui ramai menolak keras penyembahan berhala. Nabi Ibrahim menolak tuduhan itu. Kata baginda, berhala yang besar itulah yang telah memusnahkan berhala-berhala kecil tersebut, bukan baginda. Kalau tak percaya tanya berhala besar tu.
Para penduduk berpandangan sesama sendiri lalu berkata:
"Patung-patung itu tidak boleh berkata-kata! Mengapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya hah?"
Inilah jawapan yang ditunggu-tunggu oleh Nabi Ibrahim. Baginda pun terus berhujah: "Kalau begitu, kenapa kamu semua menyembah patung-patung yang tidak dapat berkata-kata dan tidak dapat pertahankan diri dari segala kebinasaan? Kenapa kamu menyembah berhala dan tidak menyembah ALLAH? Adakah kamu tidak mempunyai akal?"
Jawapan yang diberikan Nabi Ibrahim bukannya membuka pintu hati mereka, sebaliknya menambahkan kemarahan. Nabi Ibrahim terus dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup.
Gambar hiasan |
Apabila Nabi Ibrahim berjaya dilontarkan, ALLAH memerintahkan api menjadi sejuk. Pada mulanya api menjadi sejuk sehingga Nabi Ibrahim menggigil di dalamnya. Selepas itu ALLAH memerintahkan api menjadi nyaman. Kemudian malaikat Jibril pula datang membawa barang-barang dari syurga untuk Nabi Ibrahim. Kaum Nabi Ibrahim menjadi takjub melihat Nabi Ibrahim sedang rileks-rileks di dalam api sambil duduk-duduk di atas sebuah kerusi, memakai pakaian baru dan menikmati buah-buahan yang enak dari syurga. Di samping itu ada pula mata air terpancar di sekeliling baginda, menambahkan suasana nyaman di dalam api tersebut. Melihat peristiwa itu, ramai kaum Babilon beriman kepada agama Nabi Ibrahim a.s.
DIALOG RAJA NAMRUD DENGAN NABI IBRAHIM A.S.
"Apakah fitnah yang telah engkau sebarkan kepada rakyatku sehingga mereka tidak lagi mempercayai aku sebagai tuhan mereka? Kau tidak nampakkah aku berkuasa mengatur kerajaan aku? Menetap dan membatal sesuatu mengikut kehendakku?"
"Wahai Namrud! Aku tidak memfitnah. Aku hanya mengajak kamu semua menyembah ALLAH, Tuhan sekalian alam, yang mencipta, menghidupkan dan mematikan kita semua."
"Aku pun boleh menghidupkan dan mematikan!"
"Bagaimana?"
"Ha,ha,ha! Bukan kah aku berkuasa membebaskan orang-orang yang sepatutnya dijatuhkan hukuman pancung kepala. Orang lain tiada kuasa melakukan begitu. Itulah namanya menghidupkan!"
"Wahai Namrud! Tuhanku telah mencipta matahari, dan menerbitkannya setiap pagi dari Timur, dan menenggelamkannya setiap petang di barat. Oleh kerana engkau juga tuhan, maka bolehlah engkau naikkan matahari ciptaan Tuhanku dari barat ke timur pula!"
Namrud: *Speechless*
Akhirnya kerana malu, Namrud menghalau Nabi Ibrahim keluar dari Babilon. Nabi Ibrahim pun pergi merantau ke negeri Syam. Sebelum itu dia singgah di sebuah negeri bernama Harran.
PERTEMUAN NABI IBRAHIM A.S. DENGAN ISTERINYA SITI SARAH
Gambar hiasan |
Entry akan datang, insya ALLAH:
TUGAS NABI IBRAHIM BERDAKWAH DI NEGERI SYAM
SITI SARAH CUBA DIPERKOSA RAJA MESIR
NABI IBRAHIM A.S. MEMAKMURKAN BUMI PALESTIN DENGAN KUASA ALLAH
Klik sini untuk baca "Nabi Ibrahim a.s. Bahagian 2: Pengembaraan ke Mesir & Palestin"
Sumber: KISAH 25 NABI oleh TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
5 comments:
ala.....aq bru nk layan.....to b continue la..hihi..bestt
blog anda bagus>>>
saya ajungi jempol!!!!
dan saya hanya sekedar mampir ya sekalian blogwalking!!!
jika bernit liat blog saya kunjungin balik jja!!!!
blog yang bagus. mohon share
time kasih pd sume yg sudi baca & share =)
terima kasih dpt juga ku membaca.. pertanyaan saya .. boleh kah kiranya dapat diketahui namanya ibu kepada nabi allah ibrahim a.s.
Post a Comment