Apr 17, 2011

KENAPA TAKNAK BOIKOT MEKDI?

Sejahtera ke atas kamu semua.. :)


Jawapan-jawapan yang biasa adalah:

1. "Alaa...tak boleh hidup la tanpa McD.."

2. "Ala.. tapi McD tu sedap sangat! Bile nampak McDeluxe, McFlurry tu, rase cam.. ah!!"

3. "Alaa... kalau nak boikot sangat barang Yahudi tu, nape tak campak je laptop tu dalam laut!!"

4. "Ala, kita boikot cemane pon, bisnes diorang tetap jalan gak. Takde efek pon. Takde makna kalau boikot pon."

5. "Orang Amerika pun berniaga gak.. bukan semuanya jahat. Sian la kat diorang."

6. "Apa buktinya duit yang kita bagi kat mekdi tu akan disalurkan untuk bunuh orang-orang Palestin??"

7. "Alaaa..." (sambil buat muke 'pleaseee la takyah poyo sangat~~')

Dan bermacam-macam 'alaaa' lagi. :)


Jom layan satu sirah jap. Ingat tak waktu Nabi Ibrahim a.s. dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup? Api yang dinyalakan waktu tu punya la besar, tinggi dan panas sampai boleh terasa kepanasannya dari jauh. Tiba-tiba datang seekor burung kecik. Dia terbang berdekatan api tu dan siram air dari paruhnya ke api tersebut. Kemudian dia pergi semula ke laut untuk mengaut air di dalam paruhnya, dan terbang kembali ke api. Begitu la dia berulang-alik cuba memadamkan api yang bakal membakar Nabi Ibrahim a.s.

Gambar hiasan

Hidupan lain tertawakan usaha burung kecik tu. Kata diorang: "Buat apa la kamu susah payah nak padamkan api tu dengan air sesikit tu? Takda kesan punya.."

Jawab si burung: "Betul, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk memadamkan api tersebut. Kelak pada hari kiamat, apabila ALLAH bertanya padaku apa usahaku dalam menyelamatkan Nabi ALLAH, aku akan mempunyai jawapannya."

Si burung, anda inspirasi kami. Semoga ALLAH merahmatimu. :)



Ini lagi satu cerita.. Tahun lepas fakulti FSPU anjurkan satu wacana tentang kapal Mavi Marmara. Dua tokoh yang menghadirkan diri adalah Tn. Haji Noorazman bin Samsudin (Ketua Misi Lifeline4gaza Asia Tenggara) dan Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (doktor perubatan). Jumpa Syuhada dan Yati A-doh kat sana. Banyak perkara yang mereka kongsi dengan kami. Paling menginsafkan bila mereka siarkan video detik-detik kedatangan Yahudi untuk serang kapal tu. Dari jauh dah boleh dengar bunyi tembakan. Ya ALLAH, kecutnya rasa waktu tu walaupun hanya tengok video.


Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan

Tuan Hj. Noorazman bin Samsudin

Apa yang saya nak share di sini, adalah kata-kata dari Dr Syed Muhammad Haleem. Dr. Haleem ceritakan pengalamannya di mana askar zionis meletakkan mulut senapang tepat di dahinya.

"You like Palestin?!" tanya askar zionis.

Dr. Haleem dengan penuh redha menjawab: "Yes!"

Alhamdulillah, umur Dr. Haleem masih panjang, askar zionis tu tak tembak kepala beliau. Kalau tak, takde la beliau berdiri depan kami bercerita tentang ni kan. Huhu.

Dr. Syed Haleem adalah salah seorang pemboikot barang Yahudi, termasuk McD. Beliau ceritakan sewaktu kapal sudah bertolak, salah seorang anak kapal ke dapur untuk mencari makanan. Waktu tu Dr. Syed Haleem ada di situ.

Anak kapal itu bertanya dengan nada bergurau: "McD ada tak?"

Kata Dr. Syed Haleem dengan nada bergurau campur serius (lebih kurang macam ni la): "Nasib baik awak bergurau. Kalau tidak saya dah angkat senapang tembak awak."

Tengok sampai macam tu sekali dia punya marah bila nampak orang Islam nak makan McD.

Lagi satu cerita, waktu ni Dr. Syed Haleem dah selamat pulang ke Malaysia. Beliau berjalan melalui sebuah restoran McD, dan nampak ada seorang remaja Islam bekerja di restoran tu, tengah edar flyers, promote resipi terbaru McD la tu kot.

Tanya Dr. Syed Haleem (lebih kurang camni): "Halal ke kerja awak ni?"

Jawab si remaja: "Eh, halal.. halal.."

Kata Dr. Syed Haleem, bila dia dengar jawapan budak tu, tangan dia menggeletar.

Sekarang, adakah kita nak kata Dr. Syed Haleem poyo sebab marah orang Islam makan McD? Adakah kita nak kata seorang yang berani mempertahankan maruah Palestin walaupun dahinya disua dengan senapang, sebagai seorang yang memboikot barangan Yahudi secara membabi buta tanpa bukti?

Apabila tokoh Mavi Marmara sendiri a.k.a Muslim yang mempertaruhkan nyawa untuk ke Palestin yang mengatakan kena boikot McD, maka perlu ke kita pertikaikan lagi isu nak boikot ke tak McD tu?

Ada lagi satu cerita...



Ini pun Dr. Syed Haleem jugak yang cerita.. tentang kisah seorang remaja yang ayahnya salah seorang sukarelawan yang naik kapal Mavi Marmara.

Anda letak diri anda pada tempat gadis ini. Ayah anda yang sangat anda sayangi merupakan salah seorang sukarelawan yang naik kapal Mavi Marmara. Tiba-tiba keluar berita yang kapal tu diserang zionis. Apa perasaan anda? ALLAHU AKHBAR..

Suasana kapal ketika diserang

Itulah yang dirasakan gadis ini. Risau, sedih. Dah la tak dapat nak kontek langsung. Yelah, dengan suasana kapal diserang macam tu, sapa ada masa nak pegang telefon lagi. Tak dapat berita langsung dari ayah dia. Entah selamat entah tidak. Entah hidup entah gugur. Gelisahnya gadis ni ALLAH je yang tahu.

Berbelas-belas jam dia menunggu berita yang tak kunjung tiba. Gadis itu ditemani oleh makciknya. Tiba-tiba gadis yang selama ni hanya mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara (lebih kurang macam ni kata dia):

"Makcik, kalau betul ayah saya sudah mati dibunuh zionis, keterlaluankah kalau saya katakan orang yang makan McD, beli barang kat Tesco tu semua dah bunuh ayah saya?"


Tn. Hj.Noorazman pula ajak kita bayangkan diri kita ditimpa nasib macam rakyat Palestin. Bayangkan negara kita yang diserang zionis. Dibom sana sini. Berjalan sikit je dah kena tembak. Ibu, kakak abis kena rogol. Bayi-bayi pun habis dilenyekkan tanpa belas kasihan. Lapar, dahaga, sakit. Marah, sedih, takut.

Dunia mengetahui, rakyat Malaysia diseksa zionis. Tak apa, kita ada banyak rakan-rakan Islam. Sekeliling kita ada Indonesia, Brunei Darussalam. Ramai umat Islam. Arab, Turki, Pakistan.... takpe, kita tunggu. Heh.

Kita tunggu.

Kita tunggu.

Takde langsung bantuan yang datang. Rakyat negara lain, yang sama agama dengan kita, langsung tak hiraukan pasal kita. Jangan kata nak tolong datang selamatkan kita, tolong boikot barang zionis atau tolong doakan pun tidak! Kata mereka,'buat apa selamatkan orang Malaysia? Bukan mak ayah adik akak abang kita pun...'

Wah, gembiranya rasa kan. Rasa terharu sangat dengan perhatian saudara seIslam kita ni. *tangan ke bahu, mata pandang atas*

Itulah perasaan rakyat Palestin. Mereka dah masuk golongan yang teraniaya. Dan doa orang yang teraniaya ni sangat dimakbulkan ALLAH.

Jangan sampai rakyat Palestin doakan kemusnahan kita, yang tidak hiraukan saudara seMuslim ni. Straight away je ALLAH makbulkan nanti!



Kesimpulannya, terpulang pada pembaca sendiri nak simpulkan macam mana. Saya taknak masukkan pendapat sendiri, sebab manusia ni cenderung untuk tidak mendengar kata orang-orang biasa. Alasan senang je: "Cermin la diri sendiri dulu!" Lepas tu mula la bangkang sana sini.. yelah saya ni sape je ha. Paling lekeh boikot mekdi je mampu. Fb rancak jugak. Ye.. ye.. saya sedor diri saye.. huhu..

Tapi kalau nak tunggu orang yang takde salah pesan baru kita nak dengar, susah la. Sebab mana ada orang yang sempurna kat dunia ni. Oleh itu, walaupun saya tak sebaik mana dan jahat di mana-mana, saya tetap nak post entry ni. :)

Dan oleh kerana kita lebih suka dengar cakap orang yang baik, jadi saya masukkan hujah mereka yang lebih layak, yang terpelajar, orang-orang yang kalau kita pertikaikan jugak apa dia cakap.... saya tak tau la nak kata apa. Bahasa kasarnya, bodoh sombong kot? Lagipun ini satu amanah sebenarnya. Dua orang tokoh Mavi Marmara ini amanahkan kepada semua yang menghadiri wacana hari tu supaya sampaikan kepada yang lain-lain.

Ini la Dr. Syed Haleem.. bersama pensyarah saya Dr. Wan Mohd Naim, waktu ni beliau masih dekan, huhu *kembang kempis hidong dapat tangkap gambar sebelah Dr. Syed Haleem yang kacak tu kann~~ padahal tuah je tu dapat menyelit kat situ..*

Hanya berpesan-pesan, peringatan untuk diri sendiri yang serba dhaif ni jugak sebenarnya.. :)


Terima kasih kerana membaca. Andai ada terkasar bahasa tersinggung rasa, saya mohon maaf banyak-banyak. Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datangnya dari diri sendiri. Assalamualaikum w.b.t..

*oh, jom layan gambar-gambar di bawah sambil makan McChicken dan teguk air Coca-cola.. sedapnye kan.. *







Nak angkat senapang tembak zionis, tak mampu lagi. Jalan yang sangat mudah untuk kita berjihad dah terbentang luas ALLAH bagi, kenapa masih beralasan?

6 comments:

cayob said...

oooo...mcm tu...tapi ape mcm orang yang berkerja kat Mekdi??kasian dorang tak berkerja.....heheh

AYIE said...

pd pdpt sy, rezeki Tuhan di mana-mana. :)
time kasih krana mbace en. cayob, huhu

eylah said...

thaks ayie
klu ngorat p.cik mekdi,bleh x=p

AYIE said...

hahaha, asalkan tak menimbulkan syahwat sudae, hahaha
sume pakcik ko nak ngorat ilah!

Ai Ni.. said...

owh ayie..
maseh ingtkan kmbali.
dulu dr ini ingt tak mau mkn da..bile setan bisik lam hati..lama tak makan ..rindu kan??
aku lemah..tgk mekD,kentang pon jadilah..pastu teringin2..asyik sebut je..jahatnye aku..maseh..aku takmo makan..aku hrp aku kuat..nak jadi cam burung tu..tak..takkan sekadar nk jadi cam burung tu kan..msti nak jadi lebey kan..

al-kisah said...

kalau nak wat benda seribu daya.cume nak xnak jew..