- tercipta dari 3 jenis tanah: tanah kering seperti tembikar, tanah liat yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk, dan saripati tanah. (Rujukan: Surah ar-Rahman:14, al-Hijr:26, al-Mukminun:12)
- Daripada 4 malaikat yang ditugaskan untuk mengambil tanah (Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail), hanya malaikat Izrail sahaja yang berjaya mengambil tanah-tanah tersebut.
- Dari mana asalnya pusat manusia? Iblis laknatullah yang sangat membenci Nabi Adam a.s. telah meludah ke perut lembaga Adam yang belum ditiup roh. Ludah itu melekat di tengah-tengah perut lembaga Adam. Malaikat Jibril segera mencungkil keluar ludah tersebut sehingga membentuk lubang di perut Nabi Adam a.s.
- Ketika ALLAH meniupkan roh ke dalam badan Nabi Adam a.s., tempoh masa yang diambil untuk roh itu meresap ke dalam seluruh badan adalah 200 tahun.
- Nabi Adam a.s. berbangsa Suryani.
- Terdapat 11 orang nabi yang mempunyai wajah yang hampir sama iaitu Nabi Adam a.s., Nabi Syith a.s., Nabi Idris a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Ishaq a.s., Nabi Ya'qub a.s., Nabi Yusuf a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Harun a.s., dan Nabi Muhammmad s.a.w.
- Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adapun Nabi Adam a.s. ketinggian tubuh badannya adalah 60 hasta, manakala lebar dadanya 7 hasta" (HR Abu Hurairah r.a.)
- Iblis sebelum dilaknati oleh ALLAH adalah ketua segala malaikat. Nama asalnya Azazil, dan tiada tempat di bumi ini yang tidak pernah disentuh oleh dahinya (bersujud kepada ALLAH). Dia bersujud kepada ALLAH selama 70,000 tahun sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan.
- Sang merak dan sang ular telah diperdaya oleh iblis untuk masuk ke dalam syurga demi menggoda Nabi Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi.
- Siti Hawa telah memberi Nabi Adam a.s. air pelupa supaya Adam lupa janjinya pada ALLAH dan memakan buah khuldi.
- Nabi Adam a.s. diturunkan di Pulau Ceylon dan menjadikan pulau-pulau antara Pulau Ceylon dengan benua India sebagai titian kakinya. (bayangkan betapa besarnya saiz Nabi Adam a.s. sehingga boleh melangkah antara pulau ke pulau).
Jabal Rahmah - tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dengan Siti Hawa selepas diturunkan ke bumi. Juga tempat junjungan besar Rasulullah s.a.w. memberikan wasiat terakhir baginda. |
- Setelah kematian Habil dan kehilangan Qabil dan Iqlima, ALLAH telah mengurniakan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa dengan anak yang baru, iaitu Nabi Syith.
- Siti Hawa wafat terlebih dahulu sebelum Nabi Adam a.s.
- Nabi Adam a.s. wafat ketika berusia 930 tahun, meninggalkan 27 anak dan 4,000 cucu.
- Penyembahan berhala bermula selepas kewafatan generasi ke-4 Nabi Adam a.s. (Mahlil bin Qinan (Qainan) bin Anusi (Arfus/Yanisy) bin Nabi Syith a.s.)
2. NABI IDRIS A.S.
- Nama sebenar Nabi Idris adalah Ukhnuj.
- Ketika baginda lahir, Nabi Adam a.s. dan Nabi Syith masih hidup (kerana kepanjangan umur kedua-dua nabi tersebut)
- Memiliki tubuh badan yang sangat perkasa dan hebat sehingga digelar "Asadul Asal" (Singa segala SingaI|)
- Diberi nama Idris oleh ALLAH yang bermaksud "orang yang selalu membaca (tadarrus) kitab suhuf).
- Dikurniakan banyak kelebihan oleh ALLAH seperti pandai menulis dan membaca, pandai menunggang kuda, pandai menjahit, mahir ilmu bintang dan matematik.
- Mencari rezeki dengan menenun pakaian.
- Di antara mukjizatnya adalah pernah mencucuk mata Iblis dengan jarum sehingga buta.
- Mukjizat kedua ialah diambil nyawa oleh Malaikat Izrail dan dihidupkan kembali, dibawa malaikat Izrail pergi ke langit, melawat syurga dan melihat neraka. Akhirnya ALLAH membenarkan Nabi Idris tinggal di langit kedua untuk beribadat sehingga satu tempoh yang ditetapkan oleh ALLAH. Dia juga dikenyangkan oleh ALLAH seperti malaikat.
3. NABI NUH A.S.
- Nama asalnya Syakirin, cicit Nabi Idris a.s.
- "Nuh" bermaksud "orang yang sengsara dan sedih melihatkan kaumnya tidak mahu beriman kepada ALLAH s.w.t."
- Pernah dipukul kaumnya yang derhaka sehingga berdarah kepalanya.
- Riwayat mengatakan hanya 83 orang yang beriman dengan Nabi Nuh a.s. Setengah riwayat pula mengatakan 50 lelaki dan 50 perempuan. Pada ketika itu, Nabi Nuh a.s. telah berdakwah selama 900 tahun!
- Malaikat Jibril telah memberikan benih dari syurga untuk ditanam oleh Nabi Nuh a.s. Setelah besar, pokok itu digunakan untuk membuat kapal Nabi Nuh a.s. bagi menghadapi banjir dahsyat yang bakal diturunkan oleh ALLAH. Mereka membina kapal tersebut mengikut tunjuk ajar ALLAH melalui malaikat Jibril.
- Kapal Nabi Nuh a.s. dibina dengan 4340 keping papan di mana setiap keping papan ditulis dengan nama nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang salih.
- Kapal Nabi Nuh a.s. pernah cuba dibakar oleh musuh tetapi tidak berjaya.
- Kaum Nuh yang derhaka telah membuang najis ke dalam kapal. Seorang buta yang telah terjatuh ke dalam timbunan najis itu telah dapat melihat semula. Kaum Nuh pergi melumurkan najis pada badan mereka untuk menyembuhkan sakit. Lama-kelamaan kapal itu menjadi bersih semula.
- Kapal Nabi Nuh a.s. mempunyai tujuh tingkat: 1, barang pusaka Nabi Adam a.s., Hawa, Nabi Syith a.s. dan Nabi Idris a.s. 2, pengikut-pengikut Nabi Nuh a.s. 3, semua jenis burung berpasang-pasangan. 4, binatang jinak. 5, binatang buas. 6, rumput rumpai. 7, benih dan bijian.
- Iblis laknatullah turut mengikut masuk ke dalam kapal secara sembunyi-sembunyi dan membuat kekacauan.
- Bahtera Nabi Nuh a.s. mendarat di Bukit Judi.
- Nabi Nuh a.s. pernah menyumpah itik menjadi tidak dapat terbang tinggi.
- Nabi Nuh a.s. kekal muda hingga ke akhir hayat. Sewaktu hayat, Nabi Nuh a.s. telah berusia 1200 tahun. Giginya tidak gugur, matanya tidak rabun, telinganya tidak tuli. Badannya tegap dan tidak berkedut. Nabi Nuh a.s. kekal kacak hingga wafat.
4. NABI HUD A.S.
- Nabi dan Rasul pertama dari bangsa Arab.
- Hanya 17 orang sahaja yang beriman daripada 700,000 orang kaumnya.
- Kaumnya yang derhaka dimusnahkan dengan angin sar-sar yang dahsyat dan bertiup selama 8 hari 7 malam tanpa henti.
- Nabi Hud a.s. wafat pada usia 460 tahun.
5. NABI SALIH A.S.
- Merupakan keturunan Sam bin Nuh a.s.
- Dilahirkan dalam keluarga bangsawan.
- Merupakan manusia terkacak pada zamannya.
- Dikurniakan kepintaran dan ketangkasan dalam serba serbi hal.
- Sangat merendah diri dan peramah
- Melarikan diri ke dalam gua kerana diancan oleh kaumnya yang tidak menyukai dakwahnya.
- ALLAH s.w.t. telah menyediakan satu katil yang bercahaya, permaidani sutera, bantal dan tilam yang empuk dari syurga untuk Nabi Salih a.s. Baginda telah tidur selama 40 tahun.
- Mukjizat Nabi Salih a.s. adalah keluarnya unta dari bukit.
- Kaum Nabi Salih a.s. yang derhaka telah diseksa selama 4 hari. Pada hari pertama, kulit mereka bertukar menjadi kuning. Hari kedua, kulit menjadi merah. Hari ketiga, kulit mereka menjadi hitam. Hari terakhir, mereka dimusnahkan dengan suara petir yang memecahkan gegendang telinga dan gempa bumi.
- Nabi Salih a.s. wafat pada usia 180 tahun.
Seterusnya: Menarik tentang 25 Nabi: Nabi Ibrahim a.s.
Rujukan: "Kisah 25 Nabi Siri 1" oleh Tarikuddin bin Haji Hassan
1 comment:
1200–1300: to age 64
1300–1400: to age 45 (because of the bubonic plague)
1400–1500: to age 69
1500–1550: to age 71
La org jepun ramai yg lebih seratus tahun..
Trend menaik..
Post a Comment