Dec 27, 2010

KRISMAS BUKAN UNTUK UMAT ISLAM


(Entry ini bukan untuk menghina agama bukan Islam.)

Assalamualaikum w.b.t...

Umat Islam zaman skarang pelik betol. Agama sendiri sebelah mate pun tak pandang.. Agama orang kemain lagi disanjung2.. Agama dia, bia la dia yang sambut... Kite sebok2 kenape..?

Baru2 ni plan nk pegi trip. Kawan saye cakap sume wajib pakai topi santa. Perlu ke? Alhamdulillah sangat trip tu x jadi.

Bace status2 kat fb pun, yang Islam excited nak merayekan Krismas berbanding yang beragama Kristian. Saye tak nampak pun kawan2 saye yang Kristian post macam2 sal Krismas. Yang Islam plak, kemain lagi...

"Untuk Krismas kali ni, aku nak...."

"Jangan lupe beli hadiah untuk I skali!"

"Wei.. Krismas ni kite wat party nak??"

"Christmas Eve yang best dengan kawan2!"

Ek eleyy..

Saye cakap camni, dah sah2 la ramai hentam saye.. kolot la.. otak sempit la.. tak sporting la.. dah leh agak dah.. dah terngiang2 dah ape alasan yang boleh saye dengar:

"Ala.. suke2 je.. bukannye betol2.."

"Bukannye pegi amalkan kepercayaan diorang pun.."

"Ala.. camtu pun tak bleh ke??"

Gitu la bile dah terlalu biase dengan budaya Barat, sampai ape orang tu buat pun sume nampak betol aje.

Jom bace petikan ni kejap:

"Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia dari kalangan mereka." (HR Abdullah b. Umar, Huzaifah al-Yaman, & Anas bin Malik).

Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis di atas merujuk kepada perkara yang melambangkan ciri2 khusus sesuatu pihak, di mana kalau seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan tersebut. Contohnya pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka.

Menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.. "

Jadi... kawan2, saudara2 Islam sekalian, tak payah la kite susah2 nak sambut perayaan agama orang. Sekadar hormat cukup. Bia la diorang je yang sambut. Kite ni lagi banyak perayaan, raye puase ade, raye aji ade, awal muharam ade... Cuti skolah ade... Heh. Ha ni lagi satu. Islamic New Year takde feeling, tapi kalau New Year tu.. kemain lagi kite.. Sekadar hormat agama kawan2 Kristian kite, hadirkan diri kalau die jemput ke majlis.. dah la. Nak ucap slamat pun boleh selagi tak memesongkan akidah. Sebab ALLAH ada b'firman:




Camtu je. Takyah lebih2. Agama kite larang..

Tu jela kot.. segale salah silap, ampun maaf la ye.. Saya sarankan link ni
http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/hukum-mengucapkan-selamat-natal.htm untuk huraian lanjut.. mari la kite saling ingat-mengingati..

P/S: Kepada kawan2 b'agama Kristian - kalau ade yang terbace - hepy celebrating.. Kalau ade mane2 bahagian yang menyinggung, sory ye.. Kite sume hidup beragama, saye skadar m'ingatkan rakan2 seagama saye tentang ape yang agama saya bagi buat, ape yang dilarang.. Saye yakin awak sume faham.. Peace.. :)


BIA JELA KITEORANG YANG SAMBUT KRISMAS..
 KORANG SEBOK2 GAK MENGALAHKAN KITEORANG NAPE??
TAK PAHAM AKU.. - SNOOPY 


Artikel:

JOHOR BAHRU: Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas disambut masyarakat yang menganut Kristian.

“Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram.
“Tanpa disedari, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat Islam,” katanya, semalam.

Beliau sendiri ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara itu dan meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus semata-mata kerana diarahkan majikan berbuat demikian.

Tahrir berkata, pihak atasan sesebuah organisasi seharusnya sedar dan maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
“Memang tidak dinafikan sesetengah individu yang bekerja di pusat membeli- belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan itu atas kehendak tugas.

“Majikan sebenarnya boleh mengarahkan pekerja bukan Islam berpakaian sedemikian sebaliknya memilih individu beragama Kristian untuk memakai pakaian itu,” katanya.

Rujukan:
1. http://drmaza.com/home/?p=1292
2. Harian Metro
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِين:٨
Artinya : “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah : 8)

No comments: