NABI IBRAHIM A.S. BERANGKAT KE BABYLON UNTUK MENYERU NAMRUD
Setelah Nabi Ibrahim a.s. menjadi pemerintah di Palestin, maka datanglah perintah ALLAH s.w.t. agar baginda pulang semula ke Babylon dengan membawa angkatan tentera bagi menyeru Raja Namrud agar menyembah ALLAH s.w.t dan beriman dengan kerasulan baginda....
Maka berangkatlah Nabi Ibrahim bersama bala tenteranya yang besar bagi menjalankan misi berdakwah kepada Namrud untuk kali terakhir. Isteri-isteri baginda tidak turut serta.
Maka berangkatlah Nabi Ibrahim bersama bala tenteranya yang besar bagi menjalankan misi berdakwah kepada Namrud untuk kali terakhir. Isteri-isteri baginda tidak turut serta.
Sesampai sahaja mereka ke Babylon, Nabi Ibrahim terus menyeru Namrud agar beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Namun Namrud tetap enggan beriman seperti dulu juga.Dia masih yakin bahawa dirinya tuhan yang paling kuat dan paling berkuasa.
"Aku tidak memerlukan tuhan! Kerajaan aku amat kuat dan boleh melawan kerajaan dan tentera Tuhanmu! Aku yakin aku dapat mengalahkan Dia!" Begitulah kata-kata Namrud yang begitu angkuh dengan kekuasaannya.
Kata Namrud lagi: "Aku mempunyai empat ekor burung dari baka gergasi yang akan terbangkan aku ke langit untuk berperang dengan Tuhanmu!"
Melihat keadaan Namrud yang masih kekal dalam kekufurannya, Nabi Ibrahim tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Baginda juga tidak jadi berperang dengan Namrud kerana raja kufur itu tidak bersedia untuk berperang. Tambahan pula, baginda membawa tentera-tenteranya hanya sekadar persediaan kalau-kalau bala tentera Namrud mahu menyerang mereka. Nabi Ibrahim berserah kepada ALLAH s.w.t. dan pulang ke Baitul Maqdis.
RAJA NAMRUD TERBANG KE LANGIT
Sekembalinya Nabi Ibrahim, Namrud berasa amat marah dan dia menjadi begitu bersemangat untuk pergi berperang dengan ALLAH. Dia melatih burung-burung gergasinya agar terbang ke langit, namun tidak berjaya. Ini disebabkan Namrud tidak tahu cara melatih burung terbang.
Iblis yang sekian lama ingin menambahkan kesesatan Namrud memberikan satu ilham untuk menjadikan burung itu dapat terbang. Setelah berjaya, Namrud pun pergi ke langit setinggi yang boleh dengan membawa busur dan panah. Setelah berasa cukup tinggi, Namrud pun melepaskan panahnya.
ALLAH memerintahkan malaikat Jibril agar menangkap panah tersebut dan melumurkannya dengan darah. Kemudian Jibril melemparkan panah itu semula ke bawah. Setelah mendapati panah yang dibalingnya tadi berlumuran dengan darah, Namrud berasa sangat gembira kerana kononnya dia berjaya membunuh ALLAH. *Astaghfirullahalazim*
NABI IBRAHIM A.S. BERPATAH BALIK KE BABYLON
Selepas mendengar cerita Namrud mahu melawan ALLAH, Nabi Ibrahim terus berpatah balik untuk mendakwah Namrud yang nyata sudah terlalu jauh kesesatannya.
"Wahai Namrud! ALLAH menjadikan kau berkuasa di dunia dan dapat melakukan apa saja kehendakmu. Mengapa engkau tidak mahu patuh akan arahan ALLAH? Sekiranya engkau beriman kepadaNya, sudah tentu Dia akan menambah kekuasaanmu. Di akhirat pula nanti kau akan dapat memerintah kerajaan yang jauh lebih besar dan kekal kenikmatannya!"
Jawab Raja Namrud, "Wahai Ibrahim! Aku tidak memerlukan nikmat Tuhanmu. Dan kini aku mendapat kerajaan di langit dan bumi, kerana Tuhanmu telah aku bunuh ketika di langit tadi. Lihatlah anak mata panahku yang berlumuran darah ini!" Lantas Namrud menunjukkan panah yang dimaksudkannya.
"Engkau sekali-sekali tidak dapat membunuh ALLAH," pintas Nabi Ibrahim. "Dia yang memberi rezeki kepada manusia, bukan manusia memberi rezeki kepadaNya. Tuhanku jua yang menjadikan segala sesuatu, bukan Dia yang dijadikan orang. Dan Dialah juga yang mematikan segala sesuatu, sedangkan orang tidak dapat mematikanNya. Dia adalah Tuhan yang kekal dan hidup selama-selamanya!"
Berang dengan kata-kata lantang dan tepat dari Nabi Ibrahim, Namrud mencabar Nabi Ibrahim berperang dengannya. Dia bukan saja mahu berperang dengan tentera baginda, malah seluruh tentera ALLAH di langit dan bumi.
"Berapa banyakkah tentera Tuhanmu?" tanya Namrud.
"Tentera Tuhanku terlalu banyak sehingga tidak mampu dibilang. Mereka terdiri dari manusia, jin, malaikat dan makhluk-makhluk lain."
Kata Nabi Ibrahim lagi dengan tenang, "Kumpulkanlah tenteramu dulu. Tentera Tuhanku memang sudah terhimpun hanya menunggu masa sahaja."
Namrud pun bergegas mengumpulkan bala tentera dari seluruh tanah taklukannya seperti Syam, Rom, Hindustan, Turkistan, Habsyah dan lain-lain.
NAMRUD TEWAS KEPADA SEEKOR NYAMUK BUTA
Setelah Namrud bersedia untuk berperang bersama bala tenteranya yang sangat besar dan gagah itu, Nabi Ibrahim pun menadah tangan berdoa memohon bantuan ALLAH s.w.t. Tiba-tiba langit menjadi gelap seperti ditutupi dengan sesuatu. Semua yang ada terpinga-pinga.
Nabi Ibrahim berkata kepada Namrud:
"Inilah tentera Tuhanku yang mahu menyerang Tuhanmu."
Sejurus selepas itu, berbilion-bilion nyamuk turun dari langit dan mula menyerang tentera-tentera Namrud. Nyamuk-nyamuk itu mencucuk kepala tentera dan menghisap darah dan otak mereka hingga kering.
Namrud menjadi bingung dan ketakutan melihat satu demi satu askarnya mati diserang nyamuk. Dia berlari ke dalam istana untuk menyelamatkan diri. Tanpa disedarinya, seekor nyamuk yang buta dan bertampung badannya telah mengekori Namrud. Namrud ketakutan melihat nyamuk di kamarnya. Dia cuba membunuh nyamuk tersebut namun gagal. Sebelum dia sempat berbuat apa-apa, nyamuk itu masuk ke dalam lubang hidung Namrud dan menuju ke otaknya.
Namrud meraung-raung kesakitan apabila nyamuk tersebut menikam otaknya berkali-kali. Dia tidak dapat tidur kerana sentiasa kesakitan. Nabi Ibrahim datang sekali lagi untuk mengajaknya beriman, namun Namrud tetap enggan.
Setelah 40 hari 40 malam, maka Namrud pun menemui ajalnya. Dengan kematiannya, ramailah rakyat yang memeluk Islam.
Wallahualam.
Wallahualam.
Entry akan datang, insya Allah:
NABI IBRAHIM A.S. (BAHAGIAN AKHIR): KELUARGA DAN KEWAFATAN
Dari "KISAH 25 NABI" oleh TARIKUDDIN HAJI HASSAN Terbitan Jahabersa (2008)
Dari "KISAH 25 NABI" oleh TARIKUDDIN HAJI HASSAN Terbitan Jahabersa (2008)
2 comments:
kisah yg boleh di jdkan teladan..
nice info
=_=
На нашем сайте представлены анкеты Проверенные проститутки Киева. Главное - ладить с самим собой, готовых завести с Вами интим знакомство и украсить досуг мужчины. Обворожительная индивидуалка составит компанию состоятельному мужчине. Подробности встречи по телефону.
Post a Comment