Menyegerakan berbuka
Setelah diyakini terbenamnya matahari.
Berbuka dengan buah kurma
Disunatkan berbuka dengan buah kurma, jika tiada berbukalah dengan manisan (sesuatu yang manis). Jika tiada juga berbukalah dengan air.
‘Al-iwtar’
Hendaklah apa yang dibuat itu bertiga (cth. Tiga biji kurma atau lebih)
Berdoa sebelum berbuka
Sembahyang Tarawikh
Sembahyang al-Qiyam (Tarawikh) begitu diberi perhatian pada setiap malam untuk mencari ‘Lailatul Qadar’ sepanjang bulan Ramadhan, khususnya pada hari-hari kesepuluh terakhir (secara lebih terperinci adalah pada 21,23, 25, 27 dan 29 Ramadhan)
Bersahur
Dengan apa sahaja, meskipun sedikit sudah memadai, walaupun dengan seteguk air. Masuk waktunya pada tengah malam. Semakin lewat semakin afdhal. (dengan syarat tidak syak fajar telah menyinsing)
Menjaga lidah
Menjaga lidah dari mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah. Menutup mulut dari mengumpat, memfitnah, mengata dan lain-lain semuanya wajib dijauhkan pada setiap masa, apatah lagi pada bulan Ramadhan.
Menjamu orang yang ingin berbuka
Pahalanya samalah dengan pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikit pun.
Mengisi masa dengan belajar ilmu dan memperbanyakkan sedekah
Sunat membaca al-Quran, berzikir, berselawat ke atas Nabi s.a.w. pada siang dan malam hari bila berkesempatan.
Begitu juga berihsan kepada keluarga sendiri yang miskin, faqir dan orang-orang miskin.
Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Sunat (H, Sh., B)
Makruh (M)
Berdoa
Hendaklah bersungguh-sungguh berdoa, khususnya dalam sembahyang dan semasa berbuka.
Menjaga penglihatan
Menjaga penglihatan, pendengaran dan lain-lain pancaindera dari perkara-perkara yang dikeji, perkara-perkara yang makruh dan melebih-lebihkan perkara yang harus. Sementara menahan diri dari perkara yang diharamkan hukumnya adalah wajib.
Meninggalkan berdebat
Hendaklah dijauhkan dari berbantah-bantah (berdebat) dan sembang-sembang kosong yang melalaikan.
Menjauhkan diri dari perkara yang makruh
Digalakkan menjauhkan diri dari segala yang makruh dalam berpuasa.
1. (B) = Mazhab Hanbali
2. (H) = Mazhab Hanafi
3. (M) = Mazhab Maliki
4. (Sh.) = Mazhab Shafi'i
5. (J) = al-Jamaah: Disepakati oleh semua fuqaha'.
**Kesemua ilmu di atas telah diambil dari buku "Manual Puasa: Pusat Khidmat Islam Bersepadu, Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM" oleh saya untuk perkongsian bersama
1 comment:
alhamdulillah.... syukur kerana terpanggil baca entry ini... tengs!
Post a Comment