Showing posts with label PENDAPAT PERIBADI. Show all posts
Showing posts with label PENDAPAT PERIBADI. Show all posts

Apr 17, 2011

KENAPA TAKNAK BOIKOT MEKDI?

Sejahtera ke atas kamu semua.. :)


Jawapan-jawapan yang biasa adalah:

1. "Alaa...tak boleh hidup la tanpa McD.."

2. "Ala.. tapi McD tu sedap sangat! Bile nampak McDeluxe, McFlurry tu, rase cam.. ah!!"

3. "Alaa... kalau nak boikot sangat barang Yahudi tu, nape tak campak je laptop tu dalam laut!!"

4. "Ala, kita boikot cemane pon, bisnes diorang tetap jalan gak. Takde efek pon. Takde makna kalau boikot pon."

5. "Orang Amerika pun berniaga gak.. bukan semuanya jahat. Sian la kat diorang."

6. "Apa buktinya duit yang kita bagi kat mekdi tu akan disalurkan untuk bunuh orang-orang Palestin??"

7. "Alaaa..." (sambil buat muke 'pleaseee la takyah poyo sangat~~')

Dan bermacam-macam 'alaaa' lagi. :)


Jom layan satu sirah jap. Ingat tak waktu Nabi Ibrahim a.s. dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup? Api yang dinyalakan waktu tu punya la besar, tinggi dan panas sampai boleh terasa kepanasannya dari jauh. Tiba-tiba datang seekor burung kecik. Dia terbang berdekatan api tu dan siram air dari paruhnya ke api tersebut. Kemudian dia pergi semula ke laut untuk mengaut air di dalam paruhnya, dan terbang kembali ke api. Begitu la dia berulang-alik cuba memadamkan api yang bakal membakar Nabi Ibrahim a.s.

Gambar hiasan

Hidupan lain tertawakan usaha burung kecik tu. Kata diorang: "Buat apa la kamu susah payah nak padamkan api tu dengan air sesikit tu? Takda kesan punya.."

Jawab si burung: "Betul, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk memadamkan api tersebut. Kelak pada hari kiamat, apabila ALLAH bertanya padaku apa usahaku dalam menyelamatkan Nabi ALLAH, aku akan mempunyai jawapannya."

Si burung, anda inspirasi kami. Semoga ALLAH merahmatimu. :)



Ini lagi satu cerita.. Tahun lepas fakulti FSPU anjurkan satu wacana tentang kapal Mavi Marmara. Dua tokoh yang menghadirkan diri adalah Tn. Haji Noorazman bin Samsudin (Ketua Misi Lifeline4gaza Asia Tenggara) dan Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (doktor perubatan). Jumpa Syuhada dan Yati A-doh kat sana. Banyak perkara yang mereka kongsi dengan kami. Paling menginsafkan bila mereka siarkan video detik-detik kedatangan Yahudi untuk serang kapal tu. Dari jauh dah boleh dengar bunyi tembakan. Ya ALLAH, kecutnya rasa waktu tu walaupun hanya tengok video.


Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan

Tuan Hj. Noorazman bin Samsudin

Apa yang saya nak share di sini, adalah kata-kata dari Dr Syed Muhammad Haleem. Dr. Haleem ceritakan pengalamannya di mana askar zionis meletakkan mulut senapang tepat di dahinya.

"You like Palestin?!" tanya askar zionis.

Dr. Haleem dengan penuh redha menjawab: "Yes!"

Alhamdulillah, umur Dr. Haleem masih panjang, askar zionis tu tak tembak kepala beliau. Kalau tak, takde la beliau berdiri depan kami bercerita tentang ni kan. Huhu.

Dr. Syed Haleem adalah salah seorang pemboikot barang Yahudi, termasuk McD. Beliau ceritakan sewaktu kapal sudah bertolak, salah seorang anak kapal ke dapur untuk mencari makanan. Waktu tu Dr. Syed Haleem ada di situ.

Anak kapal itu bertanya dengan nada bergurau: "McD ada tak?"

Kata Dr. Syed Haleem dengan nada bergurau campur serius (lebih kurang macam ni la): "Nasib baik awak bergurau. Kalau tidak saya dah angkat senapang tembak awak."

Tengok sampai macam tu sekali dia punya marah bila nampak orang Islam nak makan McD.

Lagi satu cerita, waktu ni Dr. Syed Haleem dah selamat pulang ke Malaysia. Beliau berjalan melalui sebuah restoran McD, dan nampak ada seorang remaja Islam bekerja di restoran tu, tengah edar flyers, promote resipi terbaru McD la tu kot.

Tanya Dr. Syed Haleem (lebih kurang camni): "Halal ke kerja awak ni?"

Jawab si remaja: "Eh, halal.. halal.."

Kata Dr. Syed Haleem, bila dia dengar jawapan budak tu, tangan dia menggeletar.

Sekarang, adakah kita nak kata Dr. Syed Haleem poyo sebab marah orang Islam makan McD? Adakah kita nak kata seorang yang berani mempertahankan maruah Palestin walaupun dahinya disua dengan senapang, sebagai seorang yang memboikot barangan Yahudi secara membabi buta tanpa bukti?

Apabila tokoh Mavi Marmara sendiri a.k.a Muslim yang mempertaruhkan nyawa untuk ke Palestin yang mengatakan kena boikot McD, maka perlu ke kita pertikaikan lagi isu nak boikot ke tak McD tu?

Ada lagi satu cerita...



Ini pun Dr. Syed Haleem jugak yang cerita.. tentang kisah seorang remaja yang ayahnya salah seorang sukarelawan yang naik kapal Mavi Marmara.

Anda letak diri anda pada tempat gadis ini. Ayah anda yang sangat anda sayangi merupakan salah seorang sukarelawan yang naik kapal Mavi Marmara. Tiba-tiba keluar berita yang kapal tu diserang zionis. Apa perasaan anda? ALLAHU AKHBAR..

Suasana kapal ketika diserang

Itulah yang dirasakan gadis ini. Risau, sedih. Dah la tak dapat nak kontek langsung. Yelah, dengan suasana kapal diserang macam tu, sapa ada masa nak pegang telefon lagi. Tak dapat berita langsung dari ayah dia. Entah selamat entah tidak. Entah hidup entah gugur. Gelisahnya gadis ni ALLAH je yang tahu.

Berbelas-belas jam dia menunggu berita yang tak kunjung tiba. Gadis itu ditemani oleh makciknya. Tiba-tiba gadis yang selama ni hanya mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara (lebih kurang macam ni kata dia):

"Makcik, kalau betul ayah saya sudah mati dibunuh zionis, keterlaluankah kalau saya katakan orang yang makan McD, beli barang kat Tesco tu semua dah bunuh ayah saya?"


Tn. Hj.Noorazman pula ajak kita bayangkan diri kita ditimpa nasib macam rakyat Palestin. Bayangkan negara kita yang diserang zionis. Dibom sana sini. Berjalan sikit je dah kena tembak. Ibu, kakak abis kena rogol. Bayi-bayi pun habis dilenyekkan tanpa belas kasihan. Lapar, dahaga, sakit. Marah, sedih, takut.

Dunia mengetahui, rakyat Malaysia diseksa zionis. Tak apa, kita ada banyak rakan-rakan Islam. Sekeliling kita ada Indonesia, Brunei Darussalam. Ramai umat Islam. Arab, Turki, Pakistan.... takpe, kita tunggu. Heh.

Kita tunggu.

Kita tunggu.

Takde langsung bantuan yang datang. Rakyat negara lain, yang sama agama dengan kita, langsung tak hiraukan pasal kita. Jangan kata nak tolong datang selamatkan kita, tolong boikot barang zionis atau tolong doakan pun tidak! Kata mereka,'buat apa selamatkan orang Malaysia? Bukan mak ayah adik akak abang kita pun...'

Wah, gembiranya rasa kan. Rasa terharu sangat dengan perhatian saudara seIslam kita ni. *tangan ke bahu, mata pandang atas*

Itulah perasaan rakyat Palestin. Mereka dah masuk golongan yang teraniaya. Dan doa orang yang teraniaya ni sangat dimakbulkan ALLAH.

Jangan sampai rakyat Palestin doakan kemusnahan kita, yang tidak hiraukan saudara seMuslim ni. Straight away je ALLAH makbulkan nanti!



Kesimpulannya, terpulang pada pembaca sendiri nak simpulkan macam mana. Saya taknak masukkan pendapat sendiri, sebab manusia ni cenderung untuk tidak mendengar kata orang-orang biasa. Alasan senang je: "Cermin la diri sendiri dulu!" Lepas tu mula la bangkang sana sini.. yelah saya ni sape je ha. Paling lekeh boikot mekdi je mampu. Fb rancak jugak. Ye.. ye.. saya sedor diri saye.. huhu..

Tapi kalau nak tunggu orang yang takde salah pesan baru kita nak dengar, susah la. Sebab mana ada orang yang sempurna kat dunia ni. Oleh itu, walaupun saya tak sebaik mana dan jahat di mana-mana, saya tetap nak post entry ni. :)

Dan oleh kerana kita lebih suka dengar cakap orang yang baik, jadi saya masukkan hujah mereka yang lebih layak, yang terpelajar, orang-orang yang kalau kita pertikaikan jugak apa dia cakap.... saya tak tau la nak kata apa. Bahasa kasarnya, bodoh sombong kot? Lagipun ini satu amanah sebenarnya. Dua orang tokoh Mavi Marmara ini amanahkan kepada semua yang menghadiri wacana hari tu supaya sampaikan kepada yang lain-lain.

Ini la Dr. Syed Haleem.. bersama pensyarah saya Dr. Wan Mohd Naim, waktu ni beliau masih dekan, huhu *kembang kempis hidong dapat tangkap gambar sebelah Dr. Syed Haleem yang kacak tu kann~~ padahal tuah je tu dapat menyelit kat situ..*

Hanya berpesan-pesan, peringatan untuk diri sendiri yang serba dhaif ni jugak sebenarnya.. :)


Terima kasih kerana membaca. Andai ada terkasar bahasa tersinggung rasa, saya mohon maaf banyak-banyak. Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datangnya dari diri sendiri. Assalamualaikum w.b.t..

*oh, jom layan gambar-gambar di bawah sambil makan McChicken dan teguk air Coca-cola.. sedapnye kan.. *







Nak angkat senapang tembak zionis, tak mampu lagi. Jalan yang sangat mudah untuk kita berjihad dah terbentang luas ALLAH bagi, kenapa masih beralasan?

Feb 18, 2011

KENAPA SAYA ANTI PERNYATAAN 'GADIS ISLAM BERTUDUNG TAK SEMESTINYA BAIK, GADIS ISLAM TAK BERTUDUNG TAK SEMESTINYA JAHAT"



Sejahtera ke atas semua..

Kita biasa kan dengar statement ni: "Tak semua gadis bertudung tu baik, dan tak semua gadis tak bertudung tu jahat".
Cam sedap je bunyinye kan. Cambest je kan. Rasa macam intelligent gile bile sebut statement tu.
Intelligent ea...
Pembaca2 skalian.. dengarkanlah statement bold dari saya ni plak ye.. (sape2 yg sentap tu, maaf banyak2, tp ini kenyataannya..) ehem2..

Cemane kite boleh kate orang yang terang-terangan melanggar perintah Allah sebagai tak jahat? Cuba selami hati sndri:

'Saya baik, tak kutuk orang, tak ngumpat orang, tak naya orang, tak kaco orang, tak wat bende2 tak baik, hormat orang tua2, tolong-menolong, sedekah, solat, bla3... tapi btudung?? Er... tamola!! Nanti la!!'

Cuba kite sume pikir balik, orang jenis apa kite ni bile pikir camtu?

Orang yang tak pakai tudung, same ade secara simbolik @ terang-terangan, telah memberitahu diri dan orang lain bahawa dia TAKNAK ikot perintah Tuhan.. apasal jadi gitu? Apa gune die baik segale klau cakap Tuhan taknak ikut? Baiknye die la...

Kalau ikut logik la kan, kalau die betul2 baik, sepatutnya die takde msalah nak tutup aurat, betul?

Kalau dengan sesama manusia leh jadi baik giler, nape tabley wat baik (skittt) dengan Tuhan..

Dan ketahuilah..

Kalau dikatekan orang yang btudung tu tak semestinya baik ye..hm.. memang ade yang bertutup kepale tapi hati busuk, kuat ngumpat, naya orang, berzina segala.. memang tak bagus. saya tak kate pun takpe prangai buruk asalkan pakai tudung. Namun sesungguhnya, orang2 camtu bukanlah golongan bertudung (mnutup aurat).

Yang bertutup kepale tapi pakai baju ketat, dia TIDAK termasuk dalam golongan menutup aurat.

Yang bertutup kepale tapi berzina, BUKAN gol. menutup aurat.

Yang bertutup kepale tapi tak solat, BUKAN menutup aurat.

Sebab sebenarnye diorg tak tutup aurat pun.. aurat bukan sekadar rambut sahaja, tapi jugak tingkah laku.. jadi kalau nak dilabelkan "gol. bertudung yang tak baik" ni, sebenarnye diorang sejenis je dengan yang "tak btudung tapi baik" tu.. ^_^

Contoh ea: Alia tak pakai tudung, tapi tak tinggal solat. Mina pakai tdung, tapi tinggal solat. Sape lagi baik?

Jawapan: Sama je. Dua-dua..er.. er.. hm. Tu lah.

Saya bukan ustazah, hujah saya tak berilmiah dan meyakinkan.

Kalau nak lebih keyakinan bukak link ni:

Formula ustaz senang:

'golongan yang menutup aurat tetapi berperangai buruk adalah sama darjatnya dengan golongan yang bersolat tetapi tidak menutup aurat'

Jadi takde laa istilah-istilah 'lebih baik free hair tapi baik daripada bertudung tapi perangai buruk!'

Ada yang kate taknak jadi hipokrit. 'Bertudung tapi perangai buruk, watpe? Aku taknak berpura-pura!'

Nonsense... '"^_^

Ataupun: 'Pakai tudung kena ikhlas.. kalau pakai tudung sebab orang suruh, takkan kekal pemakaian ni.. sebab bukan ikhlas dari hati.. biar la.. sampai seru nanti pakai la..'


Nak tunggu seru tu sampai, tengok-tengok ajal yang datang. '"^_^

Perintah ALLAH takde kene mengene dengan hipokrit tak hipokrit.. ianya wajib, bukan kene tunggu hati ikhlas ke tak.. ea...

Ni pun Siti Nurhaliza punye famous statement gak, pakai tudung kena ikhlas. Ustaz pun sakit jantung dengar 'fatwa' die.

Kalau ada yang berase saya patut hormat mereka yang free hair dengan tak keluarkn statement2 begini, maka anda pun hormat laa golongan yang btudung ni dengan tak mengeluarkan statement nonsense camtu.. ea? Ea?

Jujur dengan diri anda sendiri, sebenarnye statement tu sume adalah sebagai alasan je buat yg tak bertudung ni untuk kekal tak btudung, kan.. kan.. ele.. kantoi..

Fikirkan: Kalau gol. tak menutup aurat dikatakan baik, maka apa perlunya ALLAH turunkan hukum menutup aurat? Baik biar je semua perempuan Islam tak pakai tudung, asalkan baik kan? ALLAH saja suka-suka suruh pakai tudung ke? Tak kan...

Ini bkn disriminasi terhadap gol. free hair.. saya pun ramai kawan2 yang free hair.. baik2! Memang baik, sentiase ade untuk saya, tolong saya waktu susah, dll. Saya sangat sayang diorang. Saya tak kate diorang jahat! Tapi ni sume dari segi hukum, hukum yg wajib plak tu. Jadi asenye tak perlu tegakkan benang basah lagi...


Kepada kawan2, jangan salah anggap saya benci anda. Pikir betul2 sebelum buat persepsi. Saya tak kate gol. free hair ni jahat langsung. Tak. Bagusla kalau dia baik. Tapi kan lagi manis kalau dia lengkapkan kebaikan dia tu dengan mnutup aurat. Takde la sia-sia kebaikan yang dia buat tu, insya-ALLAH.

Cuma saye tensen laaa jugak bile gol. bertudung digunakan sebagai hujah untuk menutup ksalahan sendiri... kan..

Lagi 1 nape saya anti sangat dengan statement nonsense tu adalah:
Selagi statement ni wujud, selagi tu la akan ada gadis Islam yang taknak tutup aurat. Alasan? "Ala! Mcam la pompuan pakai tudung tu baik sgt!" "Ala! Aku ni jahat, buat apa pakai tudung. Hipokrit je!" "Ala! Aku bukan kacau kau orang pun!"

Ala.. ala.. ciom kang.

Kan?

Anda nak bertanggungjawab ke bile jadi bende camtu? Dapat 'saham' wo.. sebab anda sokong statement nonsense tu, orang lain pun akan terpengaruh untuk sokong gak.. hasilnya.. jeng3... Taknak pakai tudung la.. Terbaik..

SO PLEASE. Jangan guna lagi statement nonsense tu.. Tambahan kita orang Islam.. jangan tegakkan benang basah, jujur dengan diri. Ea? Ea?

Yang bertutup kepale tapi perangai buruk ni pun satu. Dey anney..tolong la jangan rosakkan imej gadis bertutup aurat..

Pakai tudung pastu cium2 dengan pakwe, terang-terang lak tu. Adeh!

Ingat balik ye ape ustaz cakap.. golongan camni BUKAN golongan menutup aurat..

Hasilnya?

"Tengok, pompuan bertudung pun buat tak senonoh. Aku yang free hair ni pun takde nak wat bende2 camtu.."

Tengok.. tengok.. dah dia bangga menjadi seorang free hair daripada bertudung..

Tengok.. tengok.. orang len gak yang kene tempias sekali.. eh.. Bukan saya la.. saya pun perangai buruk gak.. tapi yang betul2 bertudung & betul2 baik tu.. sian diorang.. tak pasal2 je..

Sekali lagi ea, saya tak benci anda... Kerana sayang la saya buat bgini, saling mngingati. Tapi cara saya mengingati ni makan dalam la.. saya tak cukup budi bahasa.. Kalau ade yang ase terkondem, maaf, tapi begini la jugak perasaan orang yang benar-benar bertudung bile ade yang keluarkn statement famous-but-nonsense tu.. so fair & square la ni kan? Kan?

Kalau ade yang sentap, or nak anti sy dsebabkn tguran sy ni, atau nak kata saya tak patut post camni. Nak tegur orang ada caranya, bukan begini. Bla.. bla.. bla.. Saya redha. *Muka pasrah* Saya bukan takleh tolerate langsung, tapi maaf, saya memang tak boleh tolak ansur dengan isu ni.. Tak aci tau! Ini kali pertama dan terakhir saya post secara rasmi.. INSYA ALLAH.. Harapan saya kalau tak banyak pun, at least sikit pun jadi la lekat kat otak pembaca apa yang saya cuba sampaikan ni. Papehal, serang la saya. Jangan plak pegi serang atau boikot kawan2 anda dan saya yang bertudung plak. Diorang tak suruh pun saya wat post ni. Mereka tidak bersalah. Huhu.

Terima kasih.. Maaf banyak-banyak.. Wassalam... world peace.. frends alwayz.. (^__^)


P/S: Waktu mencari bahan untuk post ni, terjumpa komen dari hamba ALLAH ni. Ayatnya sangat simple tapi stil menggambarkan apa yang saya nak sampaikan sampai berjela-jela tu:


"Nak buat ape2 tak payah la tengok orang lain. Kalau orang tu pakai smart pastu makan taik takkan nak ikut gak. Kesimpulannya, buat je lah apa yg betul & takyah buat yg tak betul." ;)

Feb 16, 2011

Keanehanku Tentang Siti Nurhaliza...

Semalam aku pegi jalan-jalan sampai patah kaki kat PKNS dan PAS dengan sahabatku si bolat Cik Pipah. ("Aku da kurus la!" reaksi Pipah setiap kali aku main tarik-tarik pipi atau garu-garu dagu dia). Kat seksyen laptop2 dan henset2, aku ternampak satu kedai tengah pasang crite 'Plane of the Dead.' Huu.. best2. Dah lame tak layan cite zombie2. Aku pun terus buat keputusan nak beli DVD cite zombie.

Kat kedai DVD, sedang aku belek-belek movie yang nak dibeli, aku terpandang CD Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta. Album ni dah lama, aku tau. Untuk pengetahuan semua, Siti Nurhaliza adalah orang yang paling aku tak minat dalam dunia. Tapi tah nape aku tergerak nak ambik dan belek CD tu..

Ni cover depan album beliau:


Macam pengantin tengah berdoa tengah-tengah padang.. Wah, efek angin die baik punya.. sampai 'terbang-terbang' anak tudung dia..

Aku tengok cover belakang plak. Album ni ada 8 lagu berunsur Islamik: Ku Percaya Ada Cinta, Pintu Rindu, Tahajjud Cinta, Batasku Asaku, Ketika Cinta, Ya Rasulullah (eh?), Selawat (eh? eh?), dan Asmaul Husna (ehhhhhhh?????).

Aku tengok cover depan balik (fokus: jambul yang terkeluar dari tudung), pastu tengok cover belakang. Tengok cover depan (sekali lagi fokus jambul yang terkeluar dari tudung), cover belakang. Berulang kali. Penyudahnye aku komfius.

Kesimpulan yang aku leh buat adalah Siti lebih prefer berpegang pada prinsip tudung jambulnya daripada prinsip agamanya sendiri. Kalo dah liat sangat nak tutup pun... takkan la untuk cover album (konon2) Islamik ni pun tabley.. Punye la iye2 asmaul husna segala bagai, tapi cover depan album pun rambut terdedah.. apa ini? Apa ini? *Tensen sorang2* Bayangkan: melagukan kebesaran Tuhan dengan penuh perasaan, tapi pada masa yang sama dengan penuh bangga melanggar perintah Tuhan (tak pakai tudung). Aneh~ Aneh~


Err.. stakat wat muke penuh keinsafan and tadah tangan ala2 berdoa tuh.. asenye.. asenye.. ase cam nak gelak gulin-gulin laa..!!

1 soalan aku: Asmaul Husna tu memang dia yang lagukan ke? Aku cuba membayangkan suara dia (suara perempuan) dengan Asmaul Husna.. hm. Aneh~ Tak tau la plak kalau aku sorang je yang tak penah dengar perempuan lagukan 99 Nama ALLAH ni.. maafkan kalau aku jahil.

Aku slalu terpikir: Siti ni kalau nak dibandingkan dengan artis2 pompuan lain yang seksi meksi mengalahkan artis Hollywood, memang dia terbaik. Tak dedahkan kulit, tak pakai ketat, lengan pendek pun tak (kecuali taim zaman dia budak2 dulu). Jadi kenapa bila sampai bab tutup kepala tu, dia liat sangat ea? Ape yang susah sangat sampai takleh tutup tuh? Bahagian2 lain die oke je kalau tutup, tapi bile sampai bab rambut, selagi mahu dia minimumkan saiz penutup kepala dia tu...


Fasha Bersandar pun takesah kalau tutup seluruh kepala dalam seminit dua.. hahaha!

Aku kadang-kadang ase cam nak tanye je Cik Siti sendiri nape beliau begitu. Serius! Teringin nak lepak-lepak dengan die.. sambil teguk teh o ais limau, aku tanye la nape die susah sangat nak tutup kepala.. sakit ke ape ke.. mane la tau kan..

Aneh la beliau ni...

Aku tak benci dia. Kalau ade yang rase pendapat aku ni mengumpat, terpulang la. Tapi aku nak jugak suarakan. Sebab beliau ni kan sampai sekarang dikatakan artis no.1 Malaysia, role model segala bagai. Oh tidak. Kalau camni role model, abis la. Patut la bilangan awek2 bertudung tapi 'terlupa pakai anak tudung' bertambah-tambah.. (betul! Kengkawan aku pun ramai! Ops!)

Sekarang, tak perlu kot berhujah benda2 seperti 'ala, at least ada gak keinginan die nak buat baik', 'yang penting mesej lagu tu sampai', 'kebaikan bukan diukur dari luaran (bertudung ke tak)', 'oke la tuu daripada tak pakai pape langsung!!', ataupun hujah paling nonsense dalam sejarah manusia: "ala, yang tak bertudung tak semestinya jahat, yang bertudung tu tah-tah lagi jahat!" Ah ko, tetibe je. Meh sini aku hujah ko balik... *muke gengster*


Bangganye dapat berdakwah... saya ikhlas ni nak berdakwah.. (sambil rambut terjulur keluar dari tudung, siap set lagi rambut tu.. kelas ko mak iti bak kate sahabat aku Sapik..)

 Mengumpatkah aku? Hu.. Wallahuallam. Aku bukan la orang paling baik di dunia, tapi at least aku tau pandangan aku ni betul. Huhu. Betul la kan aku cakap? Kalau ada yang nak berhujah mempertahankan jambul Siti, aku berminat gak nak dengar. Tadahal.. aku bukan la seorang close-minded yang hanya dengar dan trime pendapat diri sendiri je. (^_^)

Papepun, lagi skali aku tekankan, aku tak la benci si Siti nih. Aku pun tak kate die jahat selamanya. Buatnye satu hari nanti Tuhan nak bukak pintu hati die kan? Ha, jadi ustazah terus. Doa-doakan la. Tapi gaya bertudung dia yang sekarang ni memang tak betullah. Kalau ikot, aku sayang sebenarnye akak gebu nih. Kalau tak sayang, watpe aku nak concern dia nak tutup jambul ke tak, kan kan? Hahaha. Kalau la Siti ni kawan baik aku ke, adik aku ke, leh gak aku ngomong2.. Siti, ko ni kalau ikot dah cukup bagus da.. tertib, sopan, tak seksi.. kalau tambah sikit je lagi, tutup kepala betul2, insya-Allah, hampir sempurna sudaaa kamo..

gambar terbaru siti nurhaliza tudung litup
Boleh je pakai tudung litup.. comei plak tu.. ingat kot de sebab yang jitu ke.. kot kalau pakai tudung litup dia akan mengalami alah-alah pada badan ke.. ngade je akak kite nih.. Mengikut empunya gamba, Siti pakai ni untuk konsert maulidur rasul.. Kalau konsert yang berjam-jam die bley pakai tdung elok2, nape cover album yang sekejap bangat tu die tabley plak? Haish.. nakal akak ni..
Daripada ko pakai cenggini...
Ataupun cenggini.. (siap tengah berdoa lagi, once again, kelas ko..)
Baik ko begini terus.. Tada.. Lagi lawa kan..? (oyeah!!)

-NO COMMENT-

Kenapa aku post entry nih?
1, meluahkan kekonfiusan dalam diri. Mane tau ade yang boleh meleraikan kepeningan aku pasal keanehan Kak Siti ni. Ade ke?
2, saje nak berpesan-pesan untuk diri sendiri dan rakan taulan yang aku tengok makin ramai ikot fesyen tudung ala2 mak datin ni.. yang dari bertudung terus tak bertudung pun ade.. pakai tudung taim raye2 atau puase2 atau maulud nabi-maulud nabi sahaje.. kelas ko.. (ayat kegemaran aku kali ini)
3, Tak payah laa skali2 mencontohi fesyen tudung Siti yang sekarang nih.. ea? Ea? Percaye la cakap aku, huduh..! '"^_^

Sekali lagi, sume ni bukan hanye pesanan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri yang hina dan jahil ni gak.. Kalau ade yang tersinggung ke, mohon maaf banyak2. Takde niat nak menyakitkan ati sape2. Sekian, sejahtera ke atas anda semua. :p

Err. Last, last. Kelas ko Mak Iti...
(cambest lak sebut ayat lama nih banyak-banyak kali. Heh.)

Feb 6, 2011

kenapa saya pakai baju labuh?

Heliza Helmi dan adiknye kot.. walaupun aku tak la minat dia tapi bagi aku kepekaan die dalam menutup aurat harus dibuat contoh. Lelebih lagi die ni artis.. harap berkekalan dan lebih baik di mase akan datang ye kak..!

Pada suatu hari nan panas, sedang aku trekking sambil menghirup udara hutan dengan bahagianya, member aku yang same2 trekking dengan aku tanye aku satu soalan:

“Ayi, nape mu suke pakai baju camni (baju labuh muslimah)?”
Hmm.. diam kejap. Nape ye? Nape ye?
“Aku tau.. sebab baju ni leh bawak tido kan. Bukak seluar je.. heh..”

Cis.. cis.. sempat aje die meng-sexual harassment-kan aku..
Tapi menarik gak soalan tu. Aku sindri pun terpikir. Lepas selesai ‘bertafakur’, ini la jawapan yang aku jumpe...
1.   Rase selamat dan lebih konfiden untuk bergerak2 lincah bile tau pakaian tu menutup hampir seluruh badan kite. Habit aku: aku agak paranoid kalau pakai baju aras atas buntut. Ase tak senang hidup memikirkan orang tengok punggung kite bergerak2 bile berjalan.. hu!

2.   Kalau terjadi ‘eksiden’ seluar terkoyak, seluar terjarang, seluar terketat, dan yang sewaktu dengannya, aku tak payah risau orang ternampak.. Huhu. Dulu taim masuk utan aku penah pakai track suit yang nipis... aku tak prasan sluar tu nipis.. lepas tu... hm... takyah la crite banyak2. Hihi..

3.   Trase lebih muslimah bile pakai camni, n disebabkan aku seorang yang (luarannye) macam gengster, jadi bile pakai baju ni nampak la gak keperempuanannye..

4.   Berusaha menunaikan tuntutan agama sebaik mungkin. Dalam konteks ni, tuntutan agama yang dimaksudkan adalah menutup aurat! Semoga amalan kite diterima-Nya, amin!

5.   Bile dah pakai baju labuh, otomatik yang len2 pun (lengan, kaki, tudung) kite akan ambik berat gak utk sesuaikan dengan baju labuh tu. Takkan la pakai baju labuh muslimah tapi tudung slempang2 nampak dada kan? Atau takkan la pakai baju labuh tapi sinsing lengan baju sampai nampak tangan kan? Cah huduh je ghupenye. Ngeh. So, nak taknak yang lain pun kena la tutup. Bile yang len2 pun dah terjage, secara x langsung aurat pun lebih terpelihara.

6.   Aku ini merupakan sejenis makhluk yang tak senonoh dan cenderung berperangai buruk dan gile-gile walaupun di khalayak. Bile dah pakai camni, at liz kontrol la sikit prangai huduh tu. (Yeke kawan2? Berkurang tak prangai buruk aku?)

7.   Sebagai kempen menutup aurat dan cintai Islam.. nak tunjuk yang tutup aurat pun boley bergerak bebas..!! Especialy untuk sape2 yang ase Islam menindas wanita, menyekat hak wanita.. bosan la, panas la, takleh bergerak la, di sini aku ingin tunjukkan.. menutup aurat tidak sama sekali menyebabkan aku rasa terkongkong.. oke je.. leh je aku nak terkinje2 panjat sepak sane sini.. sikit pun tak mengganggu.. rase best lg ade la..

Zulaikha, Hafifah & Fadilah @ Taman Tasik Shah Alam


“Baju labuh” yang aku maksudkan di atas adalah baju ala2 t-shirt muslimah macam gamba aku dengan sahabat aku kat atas tu.. Skarang, ade tak yang terpikir ala2 camni.. :
1.   Ala.. aku ni tak layak la nak pakai camtu.. gadis2 alim2, ayu2, lemah lembut boleh la.. aku ni prangai buruk (ni kes aku)
2.   Aku tak sesuai la pakai camtu.. tak kena gaye (ni kes aku gak)
3.   Takde stail lain ke? Takkan ke mane2 pakai camtu je..
4.   Alaaaa... labuhnye...???
5.   Kendur2 semacam je.. kang nampak gemok.. i nak orang tengok body i yang ngancam ni.. (oke, geddaut!)
Haa.. ini bukan alasan untuk kite tidak menutup aurat sepenuhnya.. banyak lagi stail lain kite leh wat, tak semestinye pakai baju labuh ni @ jubah @ yang sewaktu dengannya. Tapi still, mampu menutup aurat setanding dengan fesyen baju labuh ni! Cemane?

bersambung...

Dec 27, 2010

KRISMAS BUKAN UNTUK UMAT ISLAM


(Entry ini bukan untuk menghina agama bukan Islam.)

Assalamualaikum w.b.t...

Umat Islam zaman skarang pelik betol. Agama sendiri sebelah mate pun tak pandang.. Agama orang kemain lagi disanjung2.. Agama dia, bia la dia yang sambut... Kite sebok2 kenape..?

Baru2 ni plan nk pegi trip. Kawan saye cakap sume wajib pakai topi santa. Perlu ke? Alhamdulillah sangat trip tu x jadi.

Bace status2 kat fb pun, yang Islam excited nak merayekan Krismas berbanding yang beragama Kristian. Saye tak nampak pun kawan2 saye yang Kristian post macam2 sal Krismas. Yang Islam plak, kemain lagi...

"Untuk Krismas kali ni, aku nak...."

"Jangan lupe beli hadiah untuk I skali!"

"Wei.. Krismas ni kite wat party nak??"

"Christmas Eve yang best dengan kawan2!"

Ek eleyy..

Saye cakap camni, dah sah2 la ramai hentam saye.. kolot la.. otak sempit la.. tak sporting la.. dah leh agak dah.. dah terngiang2 dah ape alasan yang boleh saye dengar:

"Ala.. suke2 je.. bukannye betol2.."

"Bukannye pegi amalkan kepercayaan diorang pun.."

"Ala.. camtu pun tak bleh ke??"

Gitu la bile dah terlalu biase dengan budaya Barat, sampai ape orang tu buat pun sume nampak betol aje.

Jom bace petikan ni kejap:

"Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia dari kalangan mereka." (HR Abdullah b. Umar, Huzaifah al-Yaman, & Anas bin Malik).

Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis di atas merujuk kepada perkara yang melambangkan ciri2 khusus sesuatu pihak, di mana kalau seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan tersebut. Contohnya pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka.

Menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.. "

Jadi... kawan2, saudara2 Islam sekalian, tak payah la kite susah2 nak sambut perayaan agama orang. Sekadar hormat cukup. Bia la diorang je yang sambut. Kite ni lagi banyak perayaan, raye puase ade, raye aji ade, awal muharam ade... Cuti skolah ade... Heh. Ha ni lagi satu. Islamic New Year takde feeling, tapi kalau New Year tu.. kemain lagi kite.. Sekadar hormat agama kawan2 Kristian kite, hadirkan diri kalau die jemput ke majlis.. dah la. Nak ucap slamat pun boleh selagi tak memesongkan akidah. Sebab ALLAH ada b'firman:




Camtu je. Takyah lebih2. Agama kite larang..

Tu jela kot.. segale salah silap, ampun maaf la ye.. Saya sarankan link ni
http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/hukum-mengucapkan-selamat-natal.htm untuk huraian lanjut.. mari la kite saling ingat-mengingati..

P/S: Kepada kawan2 b'agama Kristian - kalau ade yang terbace - hepy celebrating.. Kalau ade mane2 bahagian yang menyinggung, sory ye.. Kite sume hidup beragama, saye skadar m'ingatkan rakan2 seagama saye tentang ape yang agama saya bagi buat, ape yang dilarang.. Saye yakin awak sume faham.. Peace.. :)


BIA JELA KITEORANG YANG SAMBUT KRISMAS..
 KORANG SEBOK2 GAK MENGALAHKAN KITEORANG NAPE??
TAK PAHAM AKU.. - SNOOPY 


Artikel:

JOHOR BAHRU: Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas disambut masyarakat yang menganut Kristian.

“Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram.
“Tanpa disedari, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat Islam,” katanya, semalam.

Beliau sendiri ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara itu dan meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus semata-mata kerana diarahkan majikan berbuat demikian.

Tahrir berkata, pihak atasan sesebuah organisasi seharusnya sedar dan maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
“Memang tidak dinafikan sesetengah individu yang bekerja di pusat membeli- belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan itu atas kehendak tugas.

“Majikan sebenarnya boleh mengarahkan pekerja bukan Islam berpakaian sedemikian sebaliknya memilih individu beragama Kristian untuk memakai pakaian itu,” katanya.

Rujukan:
1. http://drmaza.com/home/?p=1292
2. Harian Metro
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِين:٨
Artinya : “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah : 8)