May 19, 2011

CIPTAAN TUHAN DI BAWAH LAUT.. NANGES!!!

Dari dulu sampai sekarang, aku sangat suke tengok laut dan makhluk-makhluk kat dalamnya.. especially yang bahagian bawaaaah kat laut gelap tu. Kalau Discovery Channel ke, NatGeo ke, tunjuk pasal ni, mesti aku melekat kat tv macam cicak lekat kat dinding *btw aku sangat takot cicak*

Nak share minat aku dengan korang.. Ini antara haiwan bawah laut feveret aku.. Kriteria untuk menjadi makluk bawah laut kegemaran aku: 1 je.. bentuk rupa dia mesti something gile sampai rase nak nanges ketakutan+teruja pada masa yang sama.. Haha.. Jom mata bolat sama-sama... Subhanallah.. 

PELICAN EEL


Salah satu sedara mara belut... Dinamakan 'pelican eel' sebab mulutnya macam burung pelican.. Nama lain, 'umbrella mouth gulper'.. obviously.. Kalau dia geget aku pe jadi ek.. Tetibe terpikir.. Weng!!


COLOSSAL SQUID



Colossal squid adalah spesis sotong terbesau dari segi jisim.. Perbezaan dia dengan sotong gergasi: sotong gergasi punya sesungut terdiri daripada lubang-lubang sedut yang mengandungi gigi-gigi kecik. Colossal squid punya sesungut ada cangkuk lagi.. siap ada yang berputar.. ada yang cabang tiga.. (subhanallah!) Kau ada??





Walaupun aku sangat cinte sotong, tapi kalau jenis macam incik kat atas ni datang nak manje-manje dengan aku, memang aku nanges awal-awal la... wu.. nape besau sangat.. mak gayat..





OCEAN SUNFISH



Muka kemain kiut.. cam ikan dalam cerita kartun-kartun.. Tapi besaunya.. Nanges la camni..



Ikan comel obes ni survive dengan makan agar-agar. Tapi disebabkan agar-agar tak berapa mengenyangkan, maka sunfish ni akan makan banyak-banyak agar-agar tu sekali harung. Walaupun besau, tapi selalu jadi santapan untuk singa laut, orcas (paus pembunuh) dan jerung. Manusia pun suka sebab sedap dimakan, terutama kat Jepun, Semenanjung Korea dan Taiwan *where else?* EU (European Union) dah haramkan pemburuan dan sebarang produk yang menggunakan ikan ni. Cian tahu. Nampak je besau, tapi harmless. Comel! Miau.. heh 


STARGAZER



Cak! Ensem tak? Yang ni rasanya aku tak perlu bagitau kot nape aku nanges.. Memang serius scary..





Kenapa nampak muka ke?? Ikan super comel ni menyorok dalam pasir untuk tunggu mangsa datang.. Bila mangsa suda mari.. wargh!! Beliau pun akan menyerang tanpa sebarang amaran.. Tatotnye. Ikan ni dinamakan stargazer sebab matanya terletak kat atas kepala. Selain gigi tajam. stargazer juga beracun dan boleh keluarkan elektrik. Gila bergaya ah ikan nih.. *love*


GRENNADIERS (RAT TAILS)

Oke. Memang aku nangis kalau kepala aku termasuk dalam mulut ikan nih. Gile besau kot! Ikan ni berenang rapat dengan dasar laut untuk cari makanan. Dalam badannya ada bahan kimia nama TMAO, bahan yang menyebabkan haiwan air berbau. Kesimpulannye, ikan ni bucuk! Kat bahagian tettt dia ada organ yang mengeluarkan cahaya, siap ada cermin dan kanta. Fungsinya mungkin untuk memudahkan cari makanan. (Subhanallah!)



OARFISH



Ikan yang jarang dijumpai ni telah disenaraikan sebagai ikan bertulang (bony fish, ape maksudnye eh?) paling panjang dengan panjangnya boleh mencapai 17m (i5 kaki).. wuu.. nanges aku dengan kelampaiannye.. huh.

Nama 'oarfish' (oar=dayung) diambil dari dua sumber:

(1) badannya yang panjang
(2) kepercayaan dulu-dulu yang ikan ni men'dayung' dirinya dengan menggunakan siripnya.

Ikan ni menjadi sumber untuk pelbagai cerita dongeng ular laut disebabkan tabiatnya yang slalu terdampar kat tepi pantai lepas ribut dan suka berenang dekat-dekat gigi air bila sakit/nak dekat mati..



Meremang laa tengok kepanjangannye.. huhu.. Harapnya orang-orang yang sengeh kat atas ni memang terjumpa oarfish yang dah mati.. bukan bunuh ikan tu.. huhu

MEGAMOUTH SHARK



Seksi tak bibir i? Naik bulu roma aku tengok ikan ni.. eh silap.. dia bukan ikan.. anyway, gerun tengok.. tambah pulak bila dibandingkan dengan ah seng yang duduk kat sebelah tu.. besau!! Besau!!

Seperti dua lagi spesis jerung, basking shark dan whale shark, jerung mulut mega ni bertindak sebagai filter feeder, yakni penapis ayo.. Caranya dia akan bukak mulut luas-luas dan menapis air untuk plankton dan agar-agar. Sekali lagi terasa kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan...
tutup suda mulutnya...


FANGTOOTH



Waa... 'benci' gila tengok ikan ni.. muka keji gila.. huhu.. Tapi ada orang cakap gamabr di atas bukan gambar ikan fangtooth.. Mana la saya tahu.. hihi 



Ikan muka nakal ni antara ikan yang tinggal dalam laut paling dalam. Ciri gigi yang tajam dan oversize begitu adalah ciri common untuk haiwan bawah-bawah-bawah laut macam fangtooth. Senang la nak serang.. ngap!



Walaupun muka ganas, tapi sebenarnya ikan ni ketot je.. tengok.. maximum  saiz dia 16 cm je.. hihi.. Sekarang kita dah tahu nape Tuhan anugerahkan dia dengan gigi yang besau.. supaya dapat protect diri daripada haiwan yang lagi besar dan kuat.. dan dapat jugak makan hidupan laut lain yang lagi besau dari dia.. nyam!




Banyak lagi hidupan-hidupan laut yang hebat.. lain kali rajin aku buat entry lagi.. haha.. ala.. macam la tabley google search sindrik.. taip je sea creatures ke.. scary fish ke.. huhu
Thanx for reading!





3 comments:

YouSOF said...

Fuh.. dahsyat².

LeLaLaLa said...

hehe gelak saya bace ayat2 comel awak tu..asik nak nangis je..hihi..btw sgt menarik la hobi ni..ngeee =D

selimut said...

makhluk perairan dalam rata2 tampilannya serem ya...